Friday, June 30, 2006

Kelkatu Biru

I
Entah apa yang dicari
Setiap detik kau berlari
Hingga hilang dari paksi
Sebelum sayap kau miliki

II
Jangan lupa sejarah dulu
Usah melangkah terburu-buru
Nanti semua haru-biru
Kau juga yang termalu

Ohhh….Kelkatu Biru
Cahaya itu semua palsu
Ohh …..Kelkatu Biru
Jangan mudah diperdaya


III
Kalau mahu bergerak maju
Periksa dulu asal usulmu
Agar mudah menjana tuju
Biar gegar segala penjuru

Kekadang harus melawan arus
Menjadi satu dalam seratus

Monday, June 26, 2006

Ayu Marsina Firana (bahagian 2)

I
Ku rentasi kabus hening subuh
Mengharap terbit rindu di kalbu
Dari jauh ku amati keaayuanmu
Berdetik jantung ini tak menentu

II
Berkurun lama ku nantikan sinar
Kau berlabuh menghulurkan cinta
Mengajar apa itu erti kasih
Hanya untuk melukakanku


Ayu Marsina Firana
Sekelip mata kau punahkan jua
Mahligai yang dibina bersama
Mengapa kau biarkan dia
Mencipta retak antara kita
Yang tak mungkin bersatu semula


III
Meskipun guris luka sudah sembuh
Parut yang tinggal tetap berbekas
Bila teringat janji ikrar setia
Terhiris hati dalam kepiluan

Ku Tahu Ku Mahu

I
Usah didengar lagu cinta usang
Hanya mengundang sendu silam
Usah menyusur segala kenangan
Pasti menambah derita sengsara

II
Jangan dibuang kasih yang bertandang
Kerna teringat sakit semalam
Kurniakan aku sedikit ruang
Untuk bertapak berkasih sayang

Ku tahu
Tak mampu mengganti
Apa yang pernah kau miliki
Ku mahu
Selalu di sisi
Membawa sinar kabus hatimu


III
Tidak pandai aku berkata kata
Apa lagi bermadah pujangga
Hanya nota pencerita segala
Moga terungkai segala rahsia

Terpaksa Ku Rela

I
Sepi malam ini
Mencengkam sanubari
Memaksa diri ini
Mengenang kau dan aku

II
Di kala cinta di dada
Akulah sang pujangga
Itu tinggal memori
Setelah engkau pergi

Terpaksa ku rela
Perpisahan yang tercipta
Sendiri ku merasa
Kepahitan yang melanda

Kesakitan di jiwa
Pasti berakhir jua
Kemanisan kau rasa
Hanya sekilas rasa


III
Biarkanlah aku sendiri
Ku teruskan perjalanan ini
Biarpun tanpamu di sisi
Merobat sekeping hati

-
-

Saat Kau Kembali

I
Telah lama ku menanti
Saat kau kembali
Bukan niat meneruskan
Biar pula kau rasakan

II
Apa lagi yang kau mahu
Telah habis segala
Kau yang musnahkannya
Serik untuk ku bercinta

Pergilah
Kau jauh ke sisi
Tak ingin
Ku terguris lagi
Biarlah
Aku terus sendiri
Tak mungkin
Kita bersatu nanti


III
Pernah dulu kau berkata
Berdua kita selamanya
Itu semua tiada makna
Nyata kau berdusta

Ayuh …Kita Berjuang

I
Wahai semua
Luaslah pandangan
Saksikan cebisan kepalsuan
Hancurkan tembok kepuraan

II
Wahai semua
Gunalah segala
Pancaindera yang berkuasa
Kikiskan tambak kehitaman

Ayuh …Kita Berjuang
Menentang yang berpura-pura
Tunjukkan semua
Kita, orang merdeka


III
Dengar anakku
Andai ku tiada
Jangan dititiskan airmata
Ayahmu seorang perwira

Aku Bukan Biasa

I
Sering aku ditertawakan
Sering tak dimengerti
Sering di tolak tepi
Sering termenggu sendiri

II
Masih terus ku berdiri
Masih punya harga diri
Sesunguhnya aku tak peduli
Sesungguhnya aku bukan biasa

Kerna aku kini
Adalah garuda sakti
Menggegar bumi


Aku bukan biasa
Tak punya apa
Punya semuanya
Harus mengembara di pentas dunia

Aku luar biasa
Sudah biasa
Semangat kasa
Masih membakar merawat usia

Bilakah Berakhir …..

I
Bila dicari tak ketemui
Mestikah aku bertukar sangsi
Bila dimiliki terlepas dari
Patutkah aku sembunyi diri

II
Bila hati bertukar lari
Haruskah aku mencari ganti
Bila hakikat tak dimengerti
Tidaklah aku berkasih lagi

Bilakah berakhir….
Sebak cinta di dada
Bilakah berakhir….
Senandung kisah luka
Bilakah berakhir….
Bilakah berakhir….

Bicara Si Hukama

I
Semasa mencari arah
Dalam lautan resah
Datang sang hukama
Bicara tentang atwah

II
Semasa berkeluh kesah
Di kala senja merah
Pecah bahtera merkah
Karam bersama pasrah

Masih aku sendiri
Terperangkap dalam sepi
Menafsir takdir mimpi
Yang sering bermutasi

Mampukah ku berdiri
Atau menjadi longlai
Menyusur jalan hati
Yang tak pernah reda


Khabar pada deruan bayu
Teguh tegar menjadi satu
Pantang aku mengaku mati
Hidup mesti menjadi kasa

Aku Sedang Ingin Bercinta

Di kala sepi membatasi waktu
Kaku aku meniti kisah dulu
Saat mentari bersinar terang
Kerdip bintang menyuluh malam
Cintamu membakar di dada

Setelah musim berlalu
Selepas ikrar terpatri
Semakin hanyut di lautan sepi
Tiada lagi sinaran matamu
Hilang sudah senyum manismu

Maafkan aku sayang
Kerana mengheretmu disini
Kerana menghancurkan segala
Sesunguhnya aku tak terdaya
Merempuh badai asmara
Terdampar aku keseorangan
Mencari erti cinta sejati

Setulusnya
Aku sedang ingin bercinta
Hanya padamu ku serah segala
Aku sedang ingin bercinta
Menuju ke puncak astura
Aku sedang ingin bercinta
Kita bina kota agung

Nur Syarafana

Berikan ku pandangam matamu
Agar terang gelap di jiwa
Kirimkan senyumanmu itu
Untuk tenangkan gelora di kalbu

Aku insan tak punya apa
Semangat yang kau kurniakan
Lalu aku mencipta daya
Merempuh segala apa yang tiba

Hadirmu amat bermakna
Membuat aku lebih rela
Yang berlaku tetap kan terjadi
Ku pasrah setiap nurani

Nur Syarafana
Mungkin kau takkan tahu
Nilai kebesaran cintaku
Namun ku yakin nanti
Cahayamu penyuluh hati

Kembali ke Fitrah

Sepanjang perjalanan ini
Terumbang aku dari yang lurus
Semenjak lama menurut hati
Seenak ini aku tersesat

Terkaku aku diulit mimpi
Yang indah tapi mendusta
Terkenang aku cinta nan satu
Di kala hujan membasahi bumi

Pabila ku renung sinar matamu
Teringat aku pada fitrahku
Seperti dirimu jua
Yang putih suci dan indah

Ku pateri janji puteriku
Takkan ku terkeliru lagi
Akan ku teruskan jua
Membawamu setiap masa
Terjadi engkau untuk fitrah semua

Penyamun di Tanah Merdeka

Mereka melewati lagi
Di tanah bertuah ini
Memperkosa apa lagi
Kalau bukan akal hati
Sedut apa lagi
Kalau bukan lautan ini

Telah beratus tahun
Menghirup udara sama
Kita yang bendul tuli
Tergadai maruah bangsa

Tapi kali ini
Dengan sumpah janji keramat
Takku biar anak cucu
Diperlekeh bak dungu biru
Dipersundal bak kelkatu ungu

Khabarkan pada mereka
Sekali ini kita berjuang
Hingga ke noktah terakhir
Berpesta darah aku sanggup
Bermandi luka aku redha
Berserah tidak sama sekali

Ayuh anak bangsa
Tegarkan ilmu di dada
Kita ini bangsa merdeka
Tak terjual dan terbeli

Salju di Genova

Pekat malam menyiat hati
Teringat pada si dewi rupawan
Apakah dirimu juga serupa
Menahan derita rindu asmara

Jalan liku pasti ku redah
Untuk bertemu kasih sejati
Terdampar aku di lautan asing
Mengharap kasih mencipta dendam

Putih salju di Genova
Suci lagi hatimu intan
Dingin ini menyelutkanku
Hanya pelukmu yang dinanti
Satu ketika pasti bersatu
Tiada dua antara kita

Di Jalan Sesat

Berkurun dikurungi
Resah gelisah pudar semua
Di setiap nafasku

Dalam riang ku menangis
Dalam tawa ku menghiba
Tiada siapa yang tahu

Hidup dalam kepuraan
Meniti batas usia
Bercampur noda dosa

Cinta palsu menghancurkan
Sinar cahaya di redupku
Habis segala kesucian

Setelah ku disentak
Baru ku sadari
Segala dosa dan amali

Rupanya jalan ini
Penuh dengan kepalsuan
Mengabui pandangan hati

Namun aku syukuri
Masih lagi lindungi
Sempat jua ku berpatah

Ku harap diterima
Kembalikan sinar warna
Menerangi hidupku

Telaga Sakti

Telah ditakdirkan aku ke mari
Terkurung di telaga sepi kontang
Meronta meraung bertemankan mati
Mendusta hati membuta akal
Sedetik pun tak terpejam

Hitam malam mentertawakan aku
Teman hanya dedaunan kering
Menjadi bahan pelepas amukku
Pada siapa hendak ku wasiatkan
Segala cinta tak kesampaian

Dalam sendu menanti sinar
Merungkai segala pekat derita
Setiap ketika tidak redha
Inilah padah melawan fitrah
Tinta menulis sudah lama kering

Hujan di luar menurunkan azimat
Syukur aku masih dirahmat
Telaga sakti mengumpul air
Menyucikan aku sebelum bersujud
Terima saja peranan mu di sini

Soldadu Kayu

Kosongkan peti usang lapok
Bersihkan segala kesucian
Caturkan permainan ini
Campakkan segala dosa pahala
Atas baris teratas sekali
Keikhlasan telah lama berkubur

Seragam semua wira kayu
Masuk ke dalam barisan hitam
Berikan senjata tumpul
Gagahkan perjuangan karut mu
Tiada irama mengiring sukma

Soldadu menjadi Pak Turut
Akal hanya sebesar jengkal
Tikam semua kecil dan tua
Lawan bukan satu taraf
Habis semua bersepai alam
Gemuruh sorakan seantara dunia

Simpan belati di bawah jari
Soldadu merintih di embun pagi
Menanti hari menjadi sakti
Bukan durjana sehingga mati
Lepaskan aku sahabat sejati

Aku Tiada Tuju

Bisu Kelu
Kaku Batu
Sasau Racau
Silau Risau

Keluh Resah
Punah Gelisah
Nanah Darah
Marah Siapa

Aku tegap sendiri
Tanpa masa di sisi
Ke kiri kanan duri
Di depan di sisi api
Jerumus terbelakang arus

Tak dapat ku mengerti
Mainan jisim nurani
Gelora lautan di dada
Mana mungkin kau merasa
Tak mampu ku bersuara
Apa maksud semua ini
Selamatkah aku meniti gelombang

Aku
Tiada Halu
Tiada Tuju
Tiada Maju

Ayu Marsina Firana

Di kala embun menari
Ku kenali erti kasih
Di kala pagi berseri
Ku mengerti rasa cinta
Di kala terik mentari
Ku terasa nyaman nafasmu
Di kala hujan membasahi
Ku merasai bahang asmara

Keringat telah menyapaku
Dengarkan suara halus itu
Terus ku pekakkan inderaku
Darah pernah melukaiku
Ingatkan nanah terdahulu
Pantas aku berkata pasti
Airmata pun membasahiku

Ayu Marsina Firana
Aku bergelumang dengan pedihmu
Ayu Marsina Firana
Aku pasrah segala nistamu
Ayu Marsina Firana
Aku dibelenggu oleh cintamu
Ayu Marsina Firana
Aku menagis memanggilmu

Ayu Marsina Firana
Akhirnya ku laknat mu ke sisi
Akhirnya ku masih mampu berdiri
Akhirnya ku bisa menari
Akhirnya ku ketemui sejati
Akhirnya aku menjadi aku

Anak Kecil di Jejantas Tinggi

Saban hari ku melewati jejantas ini
Seacap itu hatiku tersedu
Betapa tabah dah pasrah dirimu
Akan nasibmu di fana ini

Biar masih digendong ibumu
Kau masih bisa bersenda
Memabalut luka sengsara kasih
Tegar batinmu akur zahirmu

Wahai Anak kecil
Ampunkan dosa mereka
Menyigungmu ke tepi
Angkara haloba duniawi
Telah lupa fitrah diri
Hanya doa ku panjatkan
Agar esok dirahmati bahagia

Wahai Jejantas Tinggi
Kau menjadi saksi
Siksa sisa hidup si keci
Kuatkan payungmu
Seraya masih dapat membayangi
Jalan liku masih jauh
Teruskan senyumanmu