Thursday, December 02, 2010

Pesan untuk Anak-anak ku

Kelak dewasa
jangan jadi seperti ayahmu.............

Bukan Disini

Berapa lama kau mampu bertahan
dengan ketidakselesaan persekitaran
bila terpaksa melakukan perkara yang tidak engkau percaya

Berapa lama sebelum kau retak
dengan tekanan membebankan
yang datang dari setiap pelusuk sudut

Andai bukan di sini tempat mu
maka keluarlah ke wilayah baru
di mana minat dan bakat bersatu
di sana bertemu keindahan
di sana bertemu kehidupan
disanan bertemu kemanisan

Wednesday, December 01, 2010

Tiada Harga

Cuba aku menjual
Tiada yang mahu beli
Kerna hampas kata mereka mereka
Berhempas aku tak mahu putus asa
...akhirnya aku yang putus wayar

Datang dan Pergi

Kau datang sedingin embun pagi
menyegarkan
Kau pergi sepantas halilintar
mengejutkan

kau tertinggal
kasut dan cincin
kalau ketemu lagi
biar aku sarungkan ia

Tiada cerita.....

Sebab aku bukan penglipur lara
Tiada topeng untuk aku bertukar ganti
Cerita nya berbeza
Kesudahan kita nanti sama

Miskin dan Murung

Ada naik, pasti turun
Ada tawa, pasti tangis
Ada lapar, pasti dahaga
Ada susah, pasti senang
Ada gundah, pasti gembira

Hemisfera Utara Selatan
Punya empat musim
Mungkin musim engkau tertulis
Miskin dan Murung
Raikanlah ........

Engkau Bertemu????

Sudah jumpa apa yang kau cari
Sudah temu apa yang kau mahu
Kalau begitu.....
Ceritakan padaku

Mercedez Baru, Seorang wanita, Dua Kanak-kanak Comot

Apa yang kau rasa
sedang engkau duduk empuk dan mewah
dalam semuah Mercedez baru
dan kau lalui di bawah jejantas
lalu terserempak
seorang wanita
mengendong dua anak comot
hitam dan legam
cengkung dan lesu

mengharap hujan untuk diminum
dan sekupang dua untuk lima enam butir nasi

....lalu engkau berlalu dangan rasa menyampah.....
"padan muka, suruh belajar tak mahu, suruh kerja malas, hanya tahu mengemis"
dan engkau terajang hina mereka dengan raut wajahmu

Friday, November 19, 2010

Sudah Siap

Sudah siap satu
datang pula yang kedua
Seterusnya pasti ada yang ketiga keempat

Ini hidup berterusan
mungkin yang satu indah
yang ketiga mungkin menyiksa

Tak pernah statik
Kalau cuba berhenti
momentum akan menghentam

Tak juga dinamik
Kalau mahu berjalan
inersia akan memperlahankan

Monday, November 01, 2010

Hari Hari Terakhir

Andai masa itu sudah dekat
Hari hari terakhir semakin rapat
Sempatkah aku meluahkan semua padamu
....mudah mudahan nanti kau tak tersesat

Sunday, October 31, 2010

Searching and Looking

Am I searching or looking
From where I lie now
I'm neither searching nor looking
Just letting things passed me
Miraculously I wasn't hit by the big stone

Am I looking or searching
I begin to sit and ponder
Where to look and what to search
I am so lost in this space
Every steps turn to slips

Allah, I ask for mercy
Put me in your path
As I don't wana to be
a feather floating endleslly with no direction

Allah, I ask for forgivenes
For all those strays in life
Guide me in searching and looking

Help me Allah
in searching the right way
in looking through the blindness
in the struggle for the inner peace

Grant me Allah
the strength when in loss
the courage when in fear
the happiness when there is no hope
the children that are serene to the wounds

Searching and looking are distinct thoughts
and so are we
yet the same

-pawaka 0202 kota damansara-

Wednesday, October 27, 2010

xxxxx....Jangan sesekali kau ubah rutin

Kalau biasa bangun pagi
Terus gosok gigi
Baru basuh muka
Teruskan

Kalau biasa pakai seluar
Sebelum sarungkan baju
Baru mengeringkan rambut
Teruskan

Kalau biasa hisap rokok
Sambil sarungkan sepatu
Sebelum mengambil kunci
Teruskan

Kalau biasa mengerang jantan
Semasa memadu asmara
Sesaat di genting kemuncak
Teruskan

Kalau biasa makan nasi ayam
Pada hari Isnin
Di waktu tengahari
Teruskan

Kalau biasa mandi pagi
Selepas solat subuh
Selesai meminta keampunan
Teruskan

Kalau biasa bermakian di jalanan
Akibat kebodohan pemandu
Kereta mewah Mercedes
Teruskan

Kalau biasa memakai jeans
Di hari Ahad
Kala bersiar-siar
Teruskan

Kalau biasa bercerita perihal kejadian
Berkenaan kerja mahupun kenalan
Biar seremeh mana
Teruskan

Kalau biasa bercakap telefon
Di sekeliling keadaan yang tenang
Tanpa suara gadis-gadis nakal
Teruskan


xxxxx, jangan sesekali engkau menggatal
merubah, berubah atau terubah rutin
Binasa sebinasa-binasa kelak
Kerna akan ada mata-mata yang menghukum
dengan penuh sangsi
Sangkanya kau cuba melindungi sesuatu
merahsiakan sesuatu, menyembunyikan sesuatu
dan mungkin kau punya hubungan rumit..
tersudut kau di satu keadaan di mana
penjelasan hanya akan mengaburkan dan memburukkan keadaan

Pernahkah terfikir sejenak
ada waktu kau basuh muka sebelum berus gigi
ada waktu kau pakai baju sebelum sarungkan seluar
ada waktu kau ambil kunci sebelum menghisap rokok
ada waktu kau tidak mengerang sebelum kemuncak
ada waktu kau mandi sebelum solat Subuh
ada waktu kau letih untuk bermakian di jalanan
ada waktu kau memakai khakis di hari Minggu
ada waktu kau jemu bercerita tentang kejadian pada hari itu
ada waktu kau terpaksa bercakap telefon dalam kesesakan

Aku xxxxx
xxxxx itu aku
Aku tak dapat lari
Aku terpaksa hidup sebagai xxxxx
xxxx ini tiada apa
xxxxx ini huru hara
xxxxx ini porak peranda
xxxxx ini sudah gila
xxxxx ini sudah mabuk

Dan kau juga terpaksa hidup dalam stigma xxxxx

Tuesday, October 26, 2010

Mahu ke Sorga

Kiri neraka
Kanan neraka
Atas neraka
Bawah neraka
Depan neraka
Belakang neraka

Wahai si bijaksana
Mana jalan ke sorga ????

xxxxx...Apakah kesudahannya nanti.....

Tiada mula tiada pula penamat
Tanpa penghujungnya perasaan ini
Aku sendiri tak mampu mengerti
Apa yang aku lalui

Keadaan menciptakan aku begini
Terperusuk ke sudut sepi
Kalau bicara binasa
Kalau diam menyiat dalam

Aku terhilang dalam diri sendiri
Menjadi satu mimpi ngeri
Meraung meronta tiada yang peduli
Sendiri aku menikmati derita

Usah cuba memahami aku
Komplikasi ini bakal mengusutmu
Namun jangan pula menghukum
Biarlah masa menjadi penghukum

Senyum ketawa menjadi topeng
Hiba sedih itu realiti
Biar nadi masih berdetik
Aku sebenarnya telah mati

Tuesday, October 12, 2010

Tolong Dengarkan

I
Tolong dengarkan bisikan hati
Aku ingin mengerti
Mengapa aku sering berpaling
Dari jalan yang kau redhai

II
Tolong dengarkan rintihan hati
Kenapa belum ku miliki
Jiwa sekental Bilal al Habshi
Untuk mencair nafsu dalaman

Mungkinkah bertemu jawaban
Atas setiap persoalan



Ku damba rahmatMu
Ku dahaga cintaMu
Ku pinta lindunganMu
Ku mohon keampunanMu


III
Tuhan dengarkan pengakuan ini
Malu aku untuk berbicara
Walau aku bergelumang dosa
Kau sanggup mendengar

Zahir Kesyukuran

I
Titisan hujan membasahi laman
Deruan angin yang menyegarkan
Menjadi satu petanda akan keihsanan
Maha Pencipta buat seluruh alam

II
Setiap nafas yang di hembuskan
Ritma nadi yang meneruskan
Satu kehidupan nan indah
Apakah kita mensyukuri segala

Seringkali aku terlalai terlupa
Untuk zahirkan kesyukukuran
Bukan sekadar kata kata indah
Yang mekar hanya dibibir

Seharusnya ia terpancar pada
Seiap gerak serta perbuatan
Agar mendapat cahaya kerahmatan
Dan senantiasa dia alam sejahtera

Friday, September 24, 2010

Sejati Cinta

Maafkanku atas semua derita
Yang kau alami benar semua salahku
Keegoaan kesombongan memguasai
Sampai terabai perasaanmu

Kian datar perhubungan
Makin hilang keterujaan
Seakan bersama hanya
Dalam keterpaksaan

Dalam kekaburan kasih
Berilah ku peluang
Memercikan semula api kecintaan


Sejati cinta
Sedalam rasa
Sepermai damai
Sesuci ikhlas
Kita pupuk semula

Usah kau alihkan
Aku jauh dari sisimu

Tuesday, September 14, 2010

Babi Menyerang Lebuhraya

Alangkah malangnya kaum manusia menjadi minoriti dan terpakasa berkongsi lebuhraya bersama babi-babi di musim perayaan ini.

Babi-babi datang dalam pelbagai bentuk dan rupa, kecil, besar, tua, muda, miskin, kaya, cantik dan buruk.

Sudah nama pun babi, mana mungkin ikut peraturan, maka menyondollah babi babi ini di setiap inci lebuhraya selagi punya ruang, tak kira kiri ataupun kanan. Babi ingin sampai dulu agar dapat berkongsi cerita tentang kehebatan sifat kebabian mereka dengan babi babi yang lain.

Ada juga babi yang membuntuti lubang najis manusia seakan mahu menjilat walhal manusia itu bergerak di jalan yang benar serta mematuhi peratuan.

Sudah nama pun babi, mana mungkin ikut peraturan, maka membeliakkanlah babi akan mata mereka menyuruh manusia ke tepi. Babi tak mungkin faham lorong kecemasan yang di khaskan bila berlaku sesuatu kecelakaan atau kemalangan. Rasmi babi sentiasa dalam cemas dan itu menjustifikasikan sifat egoistik kebabian mereka.

Aku berharap kelak...tindakan tegas akan diambil terhadap babi babi yang bikin susah dan pening di lebuhraya agar kita sebagai manusia dapat menikmati infrastruktur yang kita bayar dengan air mata, darah dan keringat.

Akihir kata, biar jadi minoriti dan tetap serta tegak di jalan yang betul dari menjadi babi biarpun lekas sampai ke destinasi......

Jangan berubah menjadi babi penyondol bila di jalanan...................

Friday, August 27, 2010

Bangsat

Tak ada otak
Ada tanah gadaikan
Ada anak lacurkan
Ada kuasa judikan

Bacul penakut
Ada bahasa lenyapkan
Ada adat pinggirkan
Ada adab bogelkan

Demi toleransi
Jualkan agama
Musuh nyata jadi kawan
Yang serumpun kita tikam

Semakin bangsat

Friday, August 06, 2010

Parasit

Masuk rumah
Senyum manis
Bicara indah
Duduk bersila
Makan berhidang
Minum beralas
Sudah kenyang
Minta lagi

Selongkar tudung
Bongkar dapur
Selinap bilik
Mencari habuan
Mula mengganas
Belum puas

Parasit
Parasit
Parasit
Itu memang tabii mu

Thursday, August 05, 2010

Perihal Ketakutan

Kerna ketakutan
aku tidak memilih
dan ku biarkan saja menjadi caturan
tidaklah layak bagiku
mempersoalkan ketidakselesaan ini

Friday, July 30, 2010

Aku Orang Asing

Aku merasa asing bila mereka terkial kial berbahasa ibunda
Mereka lebih selesa dan fasih berbahasa asing
Kota kasa bahasa asing merka amat dasyat
Kerana itu mereka jadi terasing di negara ini
Namun mereka juga tak pernah diasingkan

Masih ada saki baki daki peninggalan orang asing
Sudah jadi sebati dan sukar nak diasingkan
Tak mahu jadi asing harus berbahasa asing
Mahu pintar sains guna bahasa asing
Mahu cerdik kira kira pakai bahasa asing

Kalau itu bentuk pengasingan mereka
Biar aku saja yang jadi orang asing
Kerana tanah airku semakin asing

Saturday, July 24, 2010

Jatuh Demi Cinta

Siapa sangka si pemain
yang gagah dan hebat dan perkasa
bisa terjatuh dan tersembam















terkena bola

Sajak, Epal dan Oren

Sebuah sajak cinta kasih sayang
terbit dari suci nurani
menyambut kepulanganku
disertai jua sebiji epal dan oren

Harapmu semoga aku gembira
dengan sebuah sajak sebiji epal sebiji oren
yang kau menangi di pagi tadi
yang pula kau jadikan hadiah untuk ku

Aku tidak perlu
untuk diberikan apa-apa buatku
Kerana hadiah itu adalah kau

Dia yang Terbaring

Matanya terpejam
Mulutnya tertutup
Tempo ritma dadanya tenang
Biar dalam lena
Masih dia mahu menemani aku

Selayak apakah aku untuk dilayan sebegitu

Run for Your S

Berlarilah demi kekasihmu
Memberilah buat kekasihmu
Berpayahlah untuk kekasihmu

Menangislah supaya kekasihmu bergelak ketawa
Harus kau jadi pemberi yang terhebat
Dan penerima yang minimal

Don't run for your ass

9 Tahun Lalu

9 tahun telah berlari
Engkau telah kembali
Moga emak lebih tenang
Di bawah peliharaanNya

Tuesday, July 20, 2010

40 Hari - Tumpulnya Otakmu

Aku kian bosan melayan kerenahmu
yang bercerita tanpa pangkal dan hujung
bercakap berlandaskan kebendaan semata

Saturday, July 17, 2010

37 Hari 37 Tahun

Langkah makin perlahan
Otak pun lembab
Mata kian rabun
Kudrat berkurangan
Uban mula melata
Otot pun merongga

Cita-cita kian jauh
Mimpi pun tersasar
Angan makin menggila
Tanggungjawab berganda

37 tahun nyata berwarna
Sama saja hari ini dan semalam

Friday, July 16, 2010

Hari 36 Mati

Mati
Pulang
Gone
Dead
Finished
Done
Tamat
Selesai
Meninggal

...adalah klimaks satu kediaman

Monday, July 12, 2010

32 Hari...apa kan datang

apakah akan datang hari itu
di mana akau dapat meluncur di atas pelangi
menyemberangi lautan ketidak tentuan
dan kita berempat berada di utopia.........................

32nd Day - Em in Symphony

I'm a sharp
You are a minor
Today we strum a perfect chord

Rain will come
Take a shelter or stay as we are
Better be drowned in tears than dry alone

This symphony in the making
Is not for all to appreciate
If you are not tuned to Em key

Day 32 - Pak Yeop's Cafe

sepatutnya aku tulis ni hari jumaat yang lepas tapi tak berkesempatan.....

Pak Yeop's Cafe - Rasa Nusantara Sebenar

Di papan tanda menu tertulis berbagai bagai jenis lauk pauk dan minuman disediakan...
"nasi dagang, mee/bihun sup, nasi ayam, air bandung, air kelapa dan berpuluh-puluh menu yang lain yang aku dah lupa" kalu aku tulis jumaat mungkin aku akan ingat lagi..........

tapi bila aku ingin memesan 2 bihun sup....aku semacam disergah.."ehh ...kat sini tiada sup sup atau goreng gorengan, yang ada cuma nasi ayam....cuba tanya di kedai sebelah mungkin dia orang ada menjualnya"

benda yang aku ingin kisahkan bukanlah pasal tiada makanan seperti yang tertera di papan tanda menu itu....tetapi perihal ketidak tepatan dalam menyatakan informasi dan ini mengelirukan orang.....ini bukannya terjadi pada pak yeop cafe tapi pada kebanyakkan benda yang kita temui....

alamat-alamat serta tanda-tanda yang diberikan kebanyakkan orang dan media amat mengelirukan dan ini seterusnya memberi kesan yang negatif....papan tanda di jalan raya mengelirukan dan menyesatkan, papan tanda untuk mecari lif di gendung gedung agam membeli belah juga menyesatkan....perkataan-perkataan yang keluar dari orang-orang besar (mengikut piawaian manusia biasa), contoh orang besar ...seperti orang politik dan bos anda memang sesat...nampak macam betul dan benar tapi palsu dan akan membunuh kau sebenarnya......tiada yang benar dan jujur dan ikhlas lagi sebenarnya sekarang....dari sekecil kecil keliru dan sesat (seperti pak yeop cafe) dan sebesar besar sesat dan keliru (mengaku jadi nabi)...tiada yang menegah dan melarang...tiada usaha untuk mengurangkan kekeliruan ini....seakan sudah menjadi norma kalau tidak menyatakan hal sebenar dan orang yang berkata benar dan lurus kadang kadang akan dihukum.....

anda di pihak mana....bercakap benar atau jadi pembohong terhormat........

Friday, July 09, 2010

29th Day - Take the Plunge

All that I think and wanna do at the present moment is ....play guitar, read, write and self discovery.....I am not able to sustain the conversation if the person or the topic is not alligned to my taste or not interesting....i cant fake it .....

the question is shall i take the plunge in the name of self discovery? will things just fall into places once the dust is settled or will it be scattered all over the places in uncontrolled manners? it is the fear that stopping us from taking the plunge to take the risk and do what we feel is right....it is the same for me ...the fear is stopping or limiting me from doing things that i wanna do.....what is this fear? i am on the way to remove the think layers of the fear one by one...and when the final layer is removed ...i would submit myself and take the plunge....into the unknown....and i will experience enternal happiness...regardless i fail or succeed...for i have come to know who am i and has achieved self discovery....

---------------------------------------------------------------------------------
-------------------inspired by the movie "into the wild"-------------------------
---------------------------------------------------------------------------------

The 29th Day - Morning

Dengan nama Allah aku mengaharamkan segala jin untuk memasuki tubuh badan ku dan keluargaku, berjalan bersama aliran darah ku dan keluargaku, menumpang makanan ku dan keluargaku, menemani tidurku dan keluargaku, menimbulkan syak prasangka antara ku dan keluargaku.......

Aku tidak mahu bergaduh dan tidak pula mahu bersahabat dengan mu......kembalilah kau kepada tuanmu...dan sebaik-baiknya kembalilah ke pangkuan penciptamu.....

Wednesday, July 07, 2010

The 27th Day - The First .....

The first glimpse
The first sight
The first look
The first stare

The first word
The first smile
The first laugh
The first walk

The first lunch
The first touch
The first embrace
The first kiss

The first doubt
The first envy
The first cry
The first fight

The first fall
The first crash
The first trouble
The first anger

And we bid
The last goodbye
The last kiss
farewell to love

-------------------------------------------------------------------------------------
Cherish what you have now, coz the first will soon be the last as time progresses
-------------------------------------------------------------------------------------

27 Hari - Jauh tak terhalang.....Dekat tak terbatas

Bahagia kalau dapat mengenal Dia
Kalau mahu mencari bahagia ....harus faham asal usul ....
Asal usul dapat dipunggah dengan mengenal diri
Diri dipenuhi dua aliran jasmani dan aliran rohani....
Bila rahsia diri dapat kau bongkar
Nanti kau sedari Dia ada dalam tiada
dan ada dalam ada
dan nanti satu persatu lapisan akan hilang dan kau kecapi bahagia

Sesungguhnya horizon bahagia itu sebenarnya ....itu hampir dan bukan jarak yang jadi pengukur....

Jauh tak terhalang.....Dekat tak terbatas......

Day 27 - Korek Hidung

Salah satu nikmat hidup ialah mengorek hidung....keseronokan mengorek hidung tiada tara...walau dimana kau berada, di dalam jamban, di dalam LRT, di atas bas, semasa memandu, semasa memakai kasut juga semasa bersembang-sembang....

Ini contoh di mana keseronokan mengatasi kemaluan....tidak kisah dan tidak hirau apa pandangan orang janji hati puas....

alangkah bagusnya.......kalau kita dapat kembangkan konsep korek hidung ni dalam menggapai dan mengejar cita cita.....

kalau mahu berjaya dan bahagia jangan peduli apa kata orang....kita tetapkan satu tempat mana nak sampai dan terus menerus berusaha ke arah itu....dan yang paling penting kita harus ada rasa seronok....dan bila kita seronok kita tak kisah apa yang terjadi dan kita akan menempuh dan meredah dan reda dengan sebarng bentuk kesulitan dan kesusahan dalam mengejar bahagia yang kita semua inginkan.....

jadi...teruskanlah mengorek hidung di khalayak umum...ianya adalah satu terapi untuk memberanikan diri untuk melakukan sesuatu yang kita suka tanpa ambil peduli apa kata orang di sekeliling ......juga teruskan mencari bahagia........

-------------------------------------------------------------------------------------
entri ini di inspirasikan oleh sahabat aku eeessssmaaaaeeelllll yang mengorek hidung di ruangan umun....untuk itu aku salut sama dia
------------------------------------------------------------------------------------

Day 27 - Long Hair

We were having normal conversation before sleeping.

Typically the conversation ranges around what food did she has at the canteen, what was taught during Maths class, who was making the loudest noise in the class....etc etc

Last night, it was somehow different....her friend was asking why is your father having a long hair....and she respoded that he's a guitar player/singer ...i asked her seroiusly was that the answer that she gave to her friend...and she said yes....then i asked her again....are u ashamed of me having a long hair and she said "No, I am proud of you"

I was taken aback...Later, when you read this....let it be known....I am one lucky man to have you around.....and i love you very much .....

Day 27 - AM

Today is slightly different....I dont have the craves yet....

a good start, hope things will be better as time progresses.....

Tuesday, July 06, 2010

26 Hari yang Keras dan Kebas

Hei...
Ambil sepaket sachet hebat ini
Tuangkan ke dalam segelas air
Kacau selarut-larutnya
Sekarang sedia untuk diminum

Hei...
Tarik nafas sedalam dalamnya
Baca kalimah bismillah
Teguk dan minum air kuat sampai habis
Buat bekalan untuk kau bertarung nanti

Nah...
Bila sudah keras dan kebas
Baru kau jadi jantan sebenar
Tunjuk kehebatan di medan ranjang
Pastikan kau dan dia tersenyum puas

Hei...
Ini serbuk banyak mujarab
Pelbagai kegunaan serta khasiat
Darah tinggi, kulit jeragat
Katanya juga mampu terubat

-----------------------------
aku dedikasi entri ini..untuk sahabat-sahabat ku yang telah, sedang dan ingin
meminum air sarbat itu .....
amaran ....aku dengar kesan sampingan nya ialah sakit belakang.....tapi itu harga yang amat kecil untuk merasa nikmat dan hikmat air sarbat ni
-----------------------------------------------------------------------------------

Day 26 - Kira Kau Tahu

Kira kau tahu
apa di hati ku
yang ingin memilikimu
mahukah dikau menemaniku lagi

Kira kau tahu
apa niatku
yang ingin mendampingimu
sanggupkah dikau berbicara lagi

aku tak bisa
menidakkan perasaan ini
yang bergetar melaungkan namamu
biarpun binasa menanti didepanku

Biar ini jadi rahsia
kerna ku tak mampu
terima kenyataan
Kira kau berlalu pergi

26th Day - Lu Memang Champion

Lu serba tau
serba serbi lu tau
perihal sakit belakang
perihal batuk berpanjangan
semua lu tau

lu serba tau
serba serbi lu tau
perihal teknikal kereta
perihal antartuk dan hitler
semua lu tau

kalau lu serba champion
gua ada satu soalan
apa tujuan dan hakikat kita disini
cuba lu jawab......
itupun kalau lu champion

26th Day - Kebas

Ketika aku menangis
Adakah betul aku sedang bersedih
Mahukah kau jadi penemanku

Ketika aku ketawa
Adakah tanda aku sedang bergembira
Sudikah kau jadi penemanku

Bila kau tinggalkan ku lagi
Hilang semua rasa perasaanku
Semua inderaku menjadi buta
Sedih gembira susah senang
sudah tiada bermakna

---------------------------------------------------------------------
bila kau kehilangan orang/benda/barang/binatang yang kau sayang......kau dah tak kisah apa jadi di sekeliling kau dan
kau aras kegilaan kau semakin naik.......menunggu masa menjadi gila dan sasau
----------------------------------------------------------------------------------

Hari ke-26 - Besar

Kereta kau besar
Rumah kau besar
Badan kau besar
Pangkat kau besar
Gaji kau besar

Ego kau besar
Bodoh pun besar
Kurang ajar lagi besar
Cakap mesti besar

Tapi
otak kau kecil
adab kau kurang
hormat kau hilang

kau kira kau terbaik
kau rasa kau terbagus
kau fikir kau terhebat

tapi kau jua besujud
tapi kau jua berkiblat
tapi kau jua berkhutbah

macam mana kau jadi begini......
mungkin ikut agama ikut kesukaanmu
yang mana sesuai dengan mahumu...kau turut
mana yang kau tak berkenan... kau lupakan

bagi aku
kau manusia lahanat
kau manusia pengkhianat
kau manusia busuk
kau manusia laknat
kau manusia mabuk

---------------------------------------------
ini diadaptasi dari pengalaman besar dan benar
jua akibat sindrom tiada nikotin
------------------------------------------------

26 Hari - Bahasa Tubuh Yang Mengelirukan

Biasanya aku dapat membaca dirimu, apa maksudmu, apa mahumu, apa perasaanmu, apa keadaamu melaui bahasa tubuhmu.....dengan itu aku mudah mengikut kehendak rentak tarimu dan itu membuat kita terus sejahtera dalam pertemuan dan penyatuan.

Namun hari ini kau seperti orang asing yang langsung aku tidak kenali....bahasa tubuhmu mengelirukan aku ...tak dapat aku fahami apa maksudmu, apa mahumu....tidak dapat aku menafsir isyarat yang kau hantar...mungkinkah dia hilang sebelum sampai kepadaku atau ada orang lain yang mencurinya semasa dalam perjalanan padaku.....

apa terjadi pada janji semalam....mana pergi gelak ketawa semalam....mana hilang lagu yang menjadi ikatan kita selama ini...mana pergi semua itu......

ahhhh....rupanya kau mahu aku beredar...setelah puas aku mengejar dan mendekatimu ...kau mula menjauhiku.....

bahasa tubuh mengkin mengelirukan tapi tak pernah menipu.....cuba kalau isyarat yang tak berapa sedap...kita selalu buat buat tak paham....sebab susah nak terima kenyataan yang pahit dan menyedihkan

------------------------------------------------------------------------------
senario bahasa tubuh --- malam menghilang dan beredar dan mengesot menjadi siang...
----------------------------------------------------------------------------------

entri ni aku tulis sebab berikut
1) atas pertanyaan kawan aku
2) sindrom kurang nikotin

Hari 26 - Provokatif dan Propaganda

Kau perlu dan harus menjadi agen provokasi dan ahli propaganda.....agar nanti kau akan terjebak dalam kontroversi dan akhirnya orang akan mendengar (tak semestinya menerima dan bersetuju) apa yang ingin kau sampaikan.....

Untuk menjadi provokatif, memerlukan tahap intelek yang tinggi supaya engkau mampu melontarkan pertanyaan serta penyataan yang akan membuat orang secara langsung atau tidak...menggunakan akal dan melatihkan fikiran untuk memahami persoalaan dan kenyataan ...kau mesti ada jawapan kau sendiri tapi bersedia untuk menrima hujah sebaliknya....tidak apa kalau bertentangan pendapat..malah bagus kalau macam tu ...sebab dia akan membuka otak dan minda kesatu tahap yang lebih tinggi dan kau akan lebih terbuka dan tidak melulu dalam membuat sebarang keputusan dan tidak menjadi penghukum....kerana kita semua tidak layak menjadi penghukum.....hanya Dia yang layak jadi penghukum dan sesungguhnya masa adalah penghukum yang teramat kejam...

Kau bawak satu aliran baru dan kau bentukkan dan pakejkan dalam satu acuan seta bentuk yang menarik serta isi yang padat dan sedap ....dan terus berusaha ke arah itu sampai orang terpaksa memberi perhatian...maka itu tandanya kau sudah bergerak ke arah menjadi ahli propaganda yang hebat...bila orang sudah kenali engkau maka mudahlah untuk meluaskan bulatan dan ruang pengaruh.....

apa bagusnya menjadi agen provokasi dan ahli propaganda....supaya pendapat kau akan didengari secara meluas......dan mungkin kau akan menjadi pencetus kepada letusan revolusi yang mana tahu mungkin merubah pemikiran anak-anak bangsa yang semakin kepupusan identiti sendiri.........

-satu lagi bebelan akibat sindrom kurang nikotin----

Day 26 - Ketagihan

masa ini...aku amat ketagihan...membayangkan betapa nikmatnya aku kalau dapat aku menyedut asap itu..... arghhh begitu sedapnya.....

teramat menyiksakan......

i thought i was over this craving things.....but it hit me hard today..i'm at rock bottom

Friday, July 02, 2010

22 Hari - Wanita dan Lelaki.......

Lagu U2-Man and a Woman terus bernain dalam kepala aku. Berpusing-pusing bagai tak mahu berhenti seakan tarian Darwish Maulana. Hubungan lelaki dan wanita adalah satu misteri keajaiban yang susah untuk dingertikan. Adakah apa yang engkau rasakan itu cinta sejati…atau hanya satu wilayah sementara di mana hati dan nafsu engkau merasa selesa dan malas untuk terus berada dalam keadaan pencarian lalu engkau akur pada keadaan lalu tersarung cincin, terjadi upacara akad dan lelaki dan wanita pun disatukan dalam keberkatan…..Pernah terfikir andai engkau masih terus dalam pencarian itu…..mungkinkah engkau terjumpa yang betul betul sejati,.,,yang betul betul pasangan badan dan jiwa dan nafsu…dan mungkin jua engkau terus mencari dalam pencarian itu dan yang lagi malang engkau tersesat pulak dalam musim pencarian itu….dan mungkin tidak berjumpa pasangan….dan andai itu terjadi….adakah itu sesuatu yang buruk seperti yang dilaungkan oleh kebanyakkan orang….sepatutnya dan sebenarnya semuanya baik sahaja…..nafsu memang susah nak dibendung dan ditawan…..andai berjumpa cinta dan kasih dan pasangan pada nafsu dan hati dan jiwa …sering engkau mahu keluar dan bertanya….adakah ini yang terbaik dan sejati….bagi mereka yang belum berjumpa akan terus mencari dan mencari….sampai lupa apa yang dicari dan sebenarnya gemar dalam pencarian …sesungguhnya ….sebarang kejadian itulah yang terbaik dan semuanya sudah terulis di Loh Mahfuz…maka apa yang di risaukan…jika berjumpa, tak terjumpa dan masih mencari syukur dan pasrah sengan keadaan…kerana tiada apa yang kita miliki….jangan dilayan sangat lagu lagu cinta yang melemahkan minda dan perasaan…jangan disanjung sangat pasangan anda….jangan cepat mengaku kesetian selagi berlum diuji…..

Mana tulisan ini hendak pergi…aku pun kehilangan plot… aku mencari bulan di terik mentari….mungkin kah ku temui….

….telah pun aku berjumpa dan aku melaui kehidupan yang praktikal ……kerana dia memahami persoalan lelaki dan wanita……

Hari ke 22 - Kacau Bilau

Ku terima

Salam..
Syukurlah hari ni Jumaat,,,,penghulu segala hari,,
Aku terkejut baru2 ni lepas aku balik ikut jln bkt kemuning-klang,,kiri kanan dah develop
Terlalu cepat,,,sampai habis tnah2 kg tepi jalan hilang dari pandangan..aku rasa penat.sedih
Bila benda sekeliling kita dah berubah,,,meranapkan alam…entah lah,,,,
Kg jawa pun cam tu,,,tapi agak perlahan…aku rasa aku nak balik kg nanti..kekedang x sanggup
Hadapi arus moden cam ni,,,,aku tgh fikirkan hal anak2 kita yg membesar nii,,,,cara hidup akan mereka hadapi

Aku balas

Komedenan menciptakan kemajuan materi…..yang selalunya memiskinan jiwa dan hati…..sebab tu manusia bertindak rakus membunuh kehidupan lain …kehijaunan kerimbunan pepohon diganti dengan hutan konkrit,,,,atas nama kemajuan…

Pasal anak anak tu….usah kau terlalu gusar,,,,kau cuma perlu lakukan yang terbaik,,,,sebab kita sebagai ibu bapa adalah pencorak kanvas kehidupan mereka…selelbihnya kita berserah….sebab jalan cerita mereka sudah pun tertulis …memang kita sebagai bapa ini kita rasa mereka adalah milik kita….sebenarnya kita tak miliki apa pun….sedangkan roh yagn satu ni pun kita pinjam…

Aku mulai sedar …kita yang mengandungkan bahagia tu…sebabgai mana ibu kita mengandungkan kita…..sampai masa dan ketika kita akan melahirkan bahagia…setiap orang perlukan kesejahteraan kebahagian…..

..

Wednesday, June 30, 2010

Hari ke 20 - 1140

I had strong crave today....it all started during breakfast....everyone was puffing at the table ...coffe and nicotine ...is realy a good blend to start your day...if i were to fail ...today would be it....there is no real stress or happennings but could be from the so many phone calls and mails that i received today.....

listening to u2 'how to dismantle an atomic bomb' excellent art...beautiful and exceptional words as usual from Bono...reminded me of their Joshua Tree days....

The soul needs beauty for a soul mate
When the soul wants...the soul waits ...


The only pain is to feel nothing at all

if i go with the above....i 've never actually taste the pain.....

later

Tuesday, June 29, 2010

Day 19 - Bahasa Tubuh

Satu kejadian semula jadi dan ianya satu yang luhur, jujur dan ikhlas. Bahasa lidah bisa membohong, menipu dan memperdayakan tapi agak berat untuk melakonkan bahasa tubuh. Kalau sedang gembira terang benderanglah suara bahasa tubuh dipancarkan, andai marah merah menyala bahasnya, bila sedih gelap dan kelabu bahasa yang terbit....

Perasaan batin kekadang lebih mudah dizahirkan dengan bahasa tubuh....kerana kekadang tiada perkataan, atau prosa yang sesuai atau bertepatan untuk menceritakan keadaan pergolakan perperangan dalaman....

Terpulang untuk pihak penerima untuk menjadi penafsir bahasa ini....kalau berada di aras yang sama maka akan sampailah maksud yang hendak disampaikan....kiranya aras berbeza mungkin akan terjadi tafsiran yang tidak tepat dan ini makan menimbulkan keadaan yang kurang senang kerana maksud sebenar tidak kesampaian....

bayangkan bahasa tubuh lapar disalah erti sebagai marah....tidak kah menjadi haru dibuatnya.....

komunikasi begini akan tercapai secara maksimum bila bertutur bersama pasangan jiwa...

aku sering berbahasa tubuh dan juga difahami....maka tidaklah perlu aku menyemak Kamus Dewan setiap hari untuk menyatakan perasaan sayang, cinta dan kasih aku padanya.....

Kau mungkin mengerti bahasa tubuh ku saat ini....yang kepinginkan nikotina....hahahahhahahaha

Monday, June 28, 2010

Day 18.....AM

It has been 2 weeks, 3 days, 10 hours, 5 minutes and 15 seconds

Thursday, June 24, 2010

The 14th Day - 40 Pagi

Kata orang ilmuwan
Akan ada keindahan ganjil
Pada pagi ke empat puluh jemaah

Dan aku pun yakin
Aku ingin merasanya
Ku susun langkah jemaah pertama

Ini perjalanan kemerdekaan
Ini perjalanan kebebasan
Dari belenggu bebanan
keduniaaan, kebendaan, keakuan, keegoan


Mungkin bila datang subuh itu
Layakkah aku menerimanya
Cinta yang tiada terhijab
Mampukah aku hadapinya

Hari 14 - Aku dan Dia

I
Dalam aku ada Dia
Puas aku cari di sana
Masih belum terjumpa
Kerna tak pasti apa yang dicari

II
Dalam aku ada Dia
Lama aku cari di sini
Macam mungkin kan berjumpa
Andai nama pun kau tak ketahui

Dia ada di sana di sini
Dan lebih hampir dari urat marikh
Peneman akrab jaga dan lena
Juga masa alpa dan leka


Dalam aku ada Dia
Berserahlah untuk tenang
Bertenang mengundang cinta
Bukti dalam aku ada Dia

Day 14 - Morning

2 weeks now...

feel good so far...coughing has been reduced to minimum...deria rasa dan bau pun semakin kuat....kadar oksigen ke otak dan paru-paru pun dah bertambah...

things moved in my way so far....when it start swaying to the opposite direction that would a real test....pergolakan dan pertelingkahan dalaman yang seringkali buatkan kita jadi celaru dan tak menentu serta hilang pertimbangan...dan itu membuatkan kita terlepas cakap , terlepas perbuatan maka berlakulah dosa yang kecil dan dosa yang besar, walhal yang pada masa kita waras dan tak diduga dan dihimpit ujian kita kan lebih tenang dan rasional....dan kata dan perbuatan kita lebih teratur dan lebih tepat.....serta lurus.....

kita ...macam tu lah agaknya....di kanan malaikat... di kiri syaitan,,,di depan fitrah... di belakang songsang....di atas terang ...di bawah gelap....

jadi sepatutnya aku beratkan mana yang patut....ke kanan, ke depan ke atas....tapi naluri (baca nafsu) memang akrab kepada benda benda yang haram..sebab ia adalah nikmat dan sedap dan indah ....datanglah peranan akal dan otak untuk meneutralkan keadaan...

keadaan yang neutral akan menerbitkan rasa tenang serta damai dan sentosa...dan itulah sebaik baik kejadian, kehidupan serta kematian...

jumpa lagi

Wednesday, June 23, 2010

Day 12 1154

No heavy cravings....maybe no external emotional factors that is drowning me in the sea of smoke yet.....

endorphine was released....dopamine was deprived ......so overall looks good.........keep the guard....we are fighting fire with fire here

Day 12 – 0936

The guy in front of me has been on nicotine gum for ages…. He looks a bit jagged this morning…frantically searching through his desk, drawers, went down to car park,,, check inside his car….those gums nowhere to be found…he forgets his stocks….he was really upset..how will he survive today…how will he survive the next 15 minutes….the thought of not having nicotine drives him mad……someone suggested to him to quit,…and he said that is a stupid idea…….i have no comments on that…..

I see me inside of him….the wave of craves starts hitting me….slowly ….i’ve already make a deal…I’m gonna fight off my nafsu…till the end…no pain no gain….i’m not gonna be sucked into the sea of smoke again…..i’m gonna walk and if needs be crawl to the shore of freedom…..free from nicotine…

I’m off taking a walk…….

Hari 12-Pagi

Kahak dan lendir masih banyak lagi hari ni....kerongkong pun terasa perit. ketagihan yang kuat belum menyerang aku lagi....tapi ini masih pagi.....rutin harian terpaksa berubah....sekarang tiada kopi...ubah menjadi air suam....

semuanya normal ....dari pandangan orang lain nampak saja macam normal...tapi sepanjang 12 hari ni...pergelutan, pertempuran, pergolakan melatam, menghentam aku bagai gila.....ada saat-saat yang aku hampir kecundang....dah dekat sangat....sudah pun berada di bibir....cuma aku tak "on" kan saja....arghhh memang sedap dan nikmat rasanya .....kalau kau belum merasa jangan cuba....kalu terjerat susah mau keluar beb...macam sting pernah kata "stop before you start" ...how true indeed...

i'm not being truly myself....i'm trying to undo 20years of routine.....

write again in a abit....

Friday, May 21, 2010

Sempurna

Ada yang kata mata mu sepet
Ada yang kata hidung mu penyet
Ada yang kata dahi mu jendul
Ada yang kata dagu mu panjang

Mungkin tanganmu sedikit gemuk
Mungkin kakimu sedikit bengkok
Mungkin jalanmu sedikit kekok
Dan benar suara mu garuk

Ini lambang kesempurnaan
Menjadi tanda satu kebesaran
Berbeza beza dan berupa rupa
Layakkah aku untuk menilainya


Aku akan tetap menyanjungi mu
Aku akan terus meraikan mu
Dalam sedar dalam mati
Kerana dalam mu itulah aku

Thursday, May 13, 2010

Buang Munafik

Kereta ku besi buruk
Tapi kepala otak kau memang cabuk
Rumah mu besar dan terbentang luas
Sayangnya pemikiran sempit cetek

Berkopiah dan berserban
Engkau juara hal kerohanian
Bila tiada mata memandang
Jadi jantan mabuk berahi telanjang

Buang Munafik
Dalam diri
Buang munafik
Dari diri


Jangan memandai mereka kasta
Kerana kita dilahirkan sama rata
Peliharalah segumpal daging yang satu
Kalau baik, baiklah semua

Friday, April 30, 2010

Makam Cinta

I
Mata ini kian mahu terpejam
Semangat pula makin menjunam
Lelah nafas ku mengekorimu
Sudah dekat namun kau menyekat

II
Apa warna sebenar hatimu
Hitam merah biru ataupun kelabu
Mungkin engkau memang begitu
Dan hanya aku yang keliru

Kau butakanlah mataku
Agar tidak ku terpandang yang lain
Kau kuncikanlah mulutku
Agar ia tak mampu mendustai hati


III
Apa yang aku dambakan
Bukan setakat berahi cumbuan
Apa yang kita perlukan
Satu kemurnian dalam kecintaan

Makam cinta itu
Bawa mu ke syurga
Makam cinta ini
Bawa ku ke syurga

Monday, February 15, 2010

How Much Longer

Trapped in the ocean of loneliness
Staring through the wall of emptiness
Feels that the hand of time stood still
As it point straight to your face

Walk on the street to clear the head
It got worse with every step I take
Your smiles are at every corner of the turns
Grabbing them is like casting a night shadow

Can you tell how much longer
Before I see the sun rise in your eyes
Can you tell how much longer
Before I feel the heat of your touch


Angels came and try to conquer me
But my heart only filled with you
I'm not pleased with the shape of the moment
Hope you know that I am fighting

-Makati 0013-

Tuesday, February 09, 2010

Endorfin

Apa ilmu yang kau pakai
Apa bau yang kau semai
Sampai aku mampu menguasai galaksi

Berjlan tanpa melangkah
Bicara pun tanpa lidah
Bernafas tanpa udara

Kau datang tepat masa
Pembawa selaut endorphin
Menyuntik tepat ke jantungku

Kini
Kesedihan telah melayang hilang
Kesakitan kini tiada dihirau
Ketakutan itu hanyalah semalam
Izinkan ku peluk batinmu
Bercantum kita menjadi satu

Kebodohan Meraja

Kebodohan kini melata merata
Bercambah segar di pelusuk negara
Di tepi kandang, di kaki lima
Di koridor universiti serta parlimen
Tak lupa jua di jalan raya

Kebodohon ini tak terbendung lagi
Dari ucapan politik dan jua sarjana
Jalan yang dulu terang kini jadi kelam
Kerana kebodohan tersilap matikan suis
Bercakap seorang saja
Mendengar jarang sekali

Tua kecil muda besar
Diperkecil dan diperlekeh
Dibesar dan dimegah
Dengan semangat palsu
Semangat kebodohan

Kopi Perang

Setiap pagi ku tunggu
Pelawaan darimu
Untuk secawan kopi perang

Pahit lidah terasa
Kerna ku tak perlu gula
Kemanisanmu cukup mengisi suasana

Bukan minum agenda utama
Luang ruang untuk bicara
Perihal burung kehilangan mata
Perihal ikan keputusan sirip

Ku tahu kau pun tak selesa
Melayan konflik huru hara
Kerna pertemuan kita sini
Telah terlambat sembilan tiupan masa

Kerusi

Ku tulis ini cerita
Saat menunggu kau tiba
Melabuhkan pinggulmu di empuk kerusi

Kerusi terus setia
Menanti sebuah hakikat
Adakah mungkin kita setanding itu

Engkau tiba dan memilih kerusi sama
Ini semua tanda kehebatan cintanya
Jangan esok ada yang lain pula
Cuba mengalihkan kedudukan ini
Kerana aku belum bersedia