Friday, May 21, 2010

Sempurna

Ada yang kata mata mu sepet
Ada yang kata hidung mu penyet
Ada yang kata dahi mu jendul
Ada yang kata dagu mu panjang

Mungkin tanganmu sedikit gemuk
Mungkin kakimu sedikit bengkok
Mungkin jalanmu sedikit kekok
Dan benar suara mu garuk

Ini lambang kesempurnaan
Menjadi tanda satu kebesaran
Berbeza beza dan berupa rupa
Layakkah aku untuk menilainya


Aku akan tetap menyanjungi mu
Aku akan terus meraikan mu
Dalam sedar dalam mati
Kerana dalam mu itulah aku

Thursday, May 13, 2010

Buang Munafik

Kereta ku besi buruk
Tapi kepala otak kau memang cabuk
Rumah mu besar dan terbentang luas
Sayangnya pemikiran sempit cetek

Berkopiah dan berserban
Engkau juara hal kerohanian
Bila tiada mata memandang
Jadi jantan mabuk berahi telanjang

Buang Munafik
Dalam diri
Buang munafik
Dari diri


Jangan memandai mereka kasta
Kerana kita dilahirkan sama rata
Peliharalah segumpal daging yang satu
Kalau baik, baiklah semua