Monday, January 31, 2011

Kita punya pilihan

Kalau diberi pilihan, kita mesti memilih. Bila memilih pastinya kita memilih yang terbaik dari yang terpilih. Sebagai manusia bertamadun yang diberikan akal, kita mestilah juga memililih yang terpilih untuk dijadikan pilihan.



Jangan sampai terpaksa memilih antara pencompet dan perompak.

Pilihlah pilihan yang terpilih......jangan memilih semata-mata untuk memilih

Gogolanapustri dan Si Penemuduga

"Gogolanapustri, ceritakan sedikit tentang diri anda" ayat mula dari si penemuduga.

Suasana yang sepi terus menerus menjadi kaku, yang terdengar hanya bunyi naik turus nafas sendiri berserta bunyi kipas penghawa dingin. Kalau ada mesin pengesan bunyi mungkin keriuhan berada di skala 15dB. Meja kecil dan dua kerusi menjadi peneman Gogolanapustri. Bilik yang sempit yang sebenarnya cukup untuk seorang juga tidak membantu kelancaran pemikiran beliau. Keadaan fizikal si penemuduga yang kecil ynag sepatutnya mengurangkan debaran beliau hanya membuatkan dirinya merasakan lebih kerdil.

Itu memang soalan yang telah diramal dan itu memang soalan tipikal pemecah perbualan. Dia pun sudah menghafal skrip apa yang perlu di jawab beribu kali sebelum melangkah masuk de bilik itu. Dia tahu dia harus menjawab dengan berhemah kerana impressi pertama kekal selamanya. Konflik di minda, samada mahu berkata jujur atau berkata apa yang hendak di dengar si penemuduga.

Bingung dia mengatur ayat di dalam otak apa yang mahu diucapkan. Gogolanapustri berkelulusan tinggi dalam bidang akademik, dia adalah seorang doktor filisofi lulusan luar negara. Tapi dia tak pernah meletakkan pangkat Dr. di hadapan nama beliau. Dia punyai sindrom rasa rendah diri. Dia takut nanti kalau diletaknya pangkal Dr di hadapan namanya tak terbawa pulak nanti oleh bahu dan intelektualnya untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Sering dia merakan hidupnya biasa-biasa tiada apa yang boleh dibanggakan. Dia percaya hidupnya tidak menarik untuk dikongsikan. Makan, minum tidur, belajar, bekerja, punya keluarga. Biasa-biasa sahaja dan tidak ada yang menarik untuk diperkatakan. Tidak ada hobi yang luar biasa, tidak ada kebolehan membuat silap mata, tidak punya bakat bermain alat muzik, tidak juga pandai melukis atau menulis. Ini menyebabkan dirinya kerdil. Untuk megelakkan rasa kekerdilan ini maka dia suka menyendiri dan bercampur dengan orang-orang yang senasib dengan dia iaitu orang-orang kecil saja. Orang-orang kecil yang hidupnya biasa-biasa saja.

Hormat Gogolanapustri terhadap orang-orang lain terlalu tinggi dan akibatnya dia merasakan dirinya tiada apa-apa untuk ditawarkan ke dunia. Idea-dea yang ada pada dirinya biasanya hanya akan terpendam kerana takut diperlekehkan oleh orang lain. Akibat takut dia hanya diam dan menurut saja pandangan umum. Bukan ideanya tak bernas kerana banyak juga idea idea dia sama dengan idea idea hebat orang lain.

Entah berapa lama keadaan diam itu berlarutan, masih belum terjawab lagi soalan penemuduga itu. Semua perkara bercampur aduk dalam otak Gogolanapustri sampai dia hilang fokus kepada soalan tadi. Dia tahu dia harus menjawab sesuatu yang impressif.

Akhirnya, Gogolanapustri nekad dan membuat keputusan untuk menjawab.......Soalan yang mudah untuk orang lain tapi payah untuk beliau. Mulut dibuka, dengan penuh kejujuran " Saya seorang pakar perunding dan mempunyai lebih sepuluh tahun dalam industri. Saya menrealisasikan rencana menjadi realiti. Saya melihat masalah sebagai satu cabaran yang perlu saya atasi dengan kaedah termurah dan terpantas.." Beliau sendiri terkejut dengan jawaban itu dan sejujurnya tidak mengetahui apa nilai kejujuran pada jawapan beliau. Apakah dia jujur dari segi memberi jawaban yang ingin didengar oleh penemuduga atau dia berlaku jujur pada dirinya. Yang tentu, Gogalanasputri mencipta satu lagi konflik bagi dirinya kerana kejujuran sejati adalah bila kepentigan di tolak ke tepi.

Mahu Jadi Senang

Sementara masih lagi di awal musim 2011 adalah elok kiranya kita meperinci semula tentang masa yang telah berlalu. Kiranya, selama ini impian masih tak tercapai. mungkin ada baik untuk beristirahat sebentar dan imbas semula sebanyak mana kemahuan telah dikecapi. Adakah telah berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian? Susah sebenarnya untuk menilai kemaujuan hidup ini, kerana tidak ada ujian dan peperiksaan.

Bukan seperti di zaman persekolahan di mana setiap tahun ada buku laporan atau buku kemajuan, maka kita akan tahu di mana kedudukan kita sebenarnya. Kalau dapat nombor satu maka kita tahu kita telah "berjaya" dan kiranya mendapat tempat di belakang, itu menjadi satu isyarat kita harus berbuat sesuatu untuk ke depan.

Selepas zaman peperiksaan, tiada lagi kayu pengukur yang rasmi, terpulang kepada individu untuk mengukur keupayaan sendiri. Namun, tidak pula disediakan atau dinyatakan apakah kriteria-kriteria untuk mengukur kemajuan atau kemunduran. Terpulanglah kepada yang empunya diri untuk mencari dan membuat penanda aras ke mana hendak dituju, Jadi timbullah soalan soalan seperti, dimanakah diri anda 5 tahun dari sekarang, apakah rencana panjang anda untuk kehidupan ini. Aku tak pernah ambil pusing sangat tentang persoalan seperti itu. Ibarat, kulit kayu yang melalui sebantang sungai, aku hanya memikirkan ketika dan saat itu apa yang perlu aku lakukan untuk terus timbul. Tak pula aku berfikir secara mendalam ke mana hendak ku tuju dan apa yang perlu aku sediakan. Itulah yang membezakan golongan-golongan manusia yang berjaya menempuh hidup, mereka tahu ke mana mereka mahu pergi dan apa yang perlu di bawa. Dalam hidup ini, kitalah yang sebenarnya meletakkan kayu pengukur dan ianya berbeza-beza bagi setiap individu, ada yang mahu jadi jutawan, ada yang mahu jadi artis, ada yang mahu jadi ustaz. Itu yang pertama, selepas itu perlu ada keazaman yang meggunung tinggi untuk ke sana. Sampai atau tidak, itu persoalaan yang kedua dan ketiga...........tetapi kena mulalah langkah ke sana.

Rumit kalau tidak ada tujuan atau cita-cita, mahu tak mahu terpaksa lah punya impian. Lagi parah kalau cita-cita atau keinginan terhenti selepas tamat persekolahan, bagai sabut yang timbul dilautan hanya mengikut kehendak arus dan segala tindakan kita pasti hanya untuk melepasi ombak pada ketika itu saja. Pada masa lain kita mengikut saja putaran arus. Ini mungkin boleh bertahan sehari dua, mungkin juga dua tiga bulan ataupun sepuluh lima belas tahun. Selepas itu pastinya kau akan terhenti sejenak dan terfikir apa yang telah kalu lalau dan perolehi sepanjang kehidupan ini. Adakah kau "berjaya" ataupun sebaliknya.

Perjalananan aku terhenti seketika di sini, kulit kayu yang aku tumpang baru melepasi ombak yang kuat dan aku masih terselamat. Sementara, dalam keadaan aman ini aku cuba bermukim di sini dan melayani kehendak minda dan perasaan dan memikirkan apa yang aku mahukan sebenarnya dan apa yang aku harapkan dari sebuah penghidupan. Baru aku terasa susah, untuk fikirkan apa yang kau mahukan kerana ianya haruslah selari dengan tahap bakat dan pengalaman yang melekat di roda roda kehidupan. Andai tiada bakat untuk dijadikan bekal, maka haruslah sanggup bekerja tanpa lelah untuk perolehinya. Jangan sesekali salahkan keadaan sekeliling kerana keadaan itulah yang sebenarnya membuka peluang untuk kita melonjakkan dan membebaskan potensi diri kita sendiri.

Untuk tahun ini dan seperti tahun-tahun lepas bermula dari tahun-tahun tamatnya persekolahan, aku mahu jadi senang. Ini satu yang besar. Aku perlu kecil-kecilkan langkah dan mencari kayu-kayu pengukur yang sesuai untuk ke sana. Mahu jadi senang bukan bermakna mahu jadi kaya dan tidak juga bermakna aku tidak mahu jadi kaya. Cuma menjadi kaya, bukanlah satu elemen yang kuat dalam aku menjadi senang. Konteks senang di sini, aku mahu tenang, aman, sentosa dan bebas dalam segala gerak geri aku seterusnya dari dipengaruhi materi keduniaan semata-mata. Aku perlukan duit, tapi bukan sampai melimpah ruah yang akhirnya buat aku jadi tak senang. Aku perlukan kesihatan, agar jiwa aku tenang. Aku mahukan kebebasan agar mudah mendampingi hidup tanpa sebarang prejudis. Aku perlukan sentosa agar tidur malam tidak diganngu permasalahan pada siang hari.

Paling penting aku mahu senang mudah-mudahan anak-anak aku berasa senang dalam ketentuan kesenangan yang abadi.

Monday, January 24, 2011

Power of Mind

Banyak orang bercakap tentang "power of mind" atau "kuasa minda"...semua terletak pada minda..kalau otak berkata ya..ia akan menggerakkan seluruh anggota badan serta pancaidera ke arah apa yang kita inginkan....

aku bukan tak percaya...tetapi kurang percaya terhadap teknik ini....terbaru kawan aku bercerita dia telah menggunakan teknik kuasa minda .....amat berkesan akhirnya dia dapat sebuah motosikal berkuasa tinggu berharga dekat dengan ratusn ribu.....hhahahah amat menakjubkan

maka aku pun teruja untuk mencuba...dan pada petang yang bersejarah itu..taktala hujan renyai renyai dan angin berderu perlahan .....aku mencuba mengguna kuasa minda....

jadi aku log in ke portal bank itu....masukkan nama pengguna serta kata laluan...dan aku klik ke baki akaun.....baki akaun aku seperti yang aku jangka tinggal satu digit......jadi aku fokus kan minda ku.....dengan harapan satu digit tu berubah menjadi 2 atau 3 digit pun jadilah....aku benar benar fokuskan minda...sampai tiada kendengaran lagi bunnyi hujan, tak terasa lagi deruan angin, tak terasa apa pun kecuali bunyi nafas aku keluar masuk dan masuk keluar....

enatah berapa lama aku berada dalam keadaan subconcious ......dan aku betul betul percaya ...yang aku hanya perlu bertahan barang lina enam nafas lagi...bangggg aku dikejutkan oleh pop-up...."u have been idle for sometimes,press ok to stay connected" dan aku press ok...dan aku lihat nombor pada baki akaun aku ....dan ia tidak lah berubah.......hahahhaha masih satu digit jugak....tapi apa yang penting....dalam masa 5-6 minit itu ,....aku berada dalam keadaan yang tenang...kerana minda aku telah difokuskan untuk mengharapkan yang baik...kalau menjadi ia adalah bonus kalau tak pon...sekurang kurangnya otak telah pun bebaskan diri kita semua dari belenggu kenegatifan.....

nanti aku cuba ...kuasa minda untuk menyelesaikan masalah babi-babi yang berkeliaran dia jalan raya

Tetuan Doktor dan Gundik

Mungkin sudah hilang semuanya
semakin lemah tubuh badan
jisim zat zat badan makin berkurangan

tetuan doktor dan gundik
berikan aku suntikan cinta
agar bisa aku nimati hidup ini kembali

tidaklah adil hidup ini
kiranya engkau
doktor dan gundik
curi curi bermesra di belakang
dan kau biarkan pesakit - pesakit
meraung

Sunday, January 16, 2011

siapa peduli

mahukah kau mendengar
ucapan ikhlas ku
mampukah kata kata
menghilangkan curiga

tak mungkin ada cinta
sesudah dirimu

ketahuilah diriku ini
sering berada di kedudukan yang salah
gerak dan tutur ku mudah disalaherti
bukan apa kerana aku ingin menjadi
apa yang kau mahukan

Pusing Kepala

datang kembali
menyerang
sakit yang tak diundang
separa otak bagai dicincang

telah ku minum air badak
bersama pil pil penahan sakit
masih tak mahu reda

banyak perkara berpusing putar
yang tak mampu ku ekspresi
menjadi bongkah bebanan yang menekan

aku cuba tidur
mata terpejam rapat
mulut terkunci rapat
namun minda berfikir ligat

tentang kekontangan saku
tentang kecurigaan kamu
tentang keriangan dulu
tentang kegelapan hidup
tentang kehilangan sahabat
tentang kekerdilan diri

bila mu pergi kepeningan ini