Sunday, July 31, 2011

Pembuangan racun


Dapatlah hendaknya menyucikan hati dan jiwa dari segala sisa kotoran penyakit batin, .moga batin bertambah kuat.  Selamat mencari cinta.

Wednesday, July 27, 2011

Setan betina


Mulut bercabang dua

Depan belakang dia tadah

Tanduk kepala bertocang lima

Kalau  mahu kenal setan betina

Cuba bertandang ke seksyen 11

Tuhan itu wujud dan berkuasa


Percaya tanpa ragu

Yakin sepenuhnya

Biarpun hampas ...namun berisi

Pada sessi minum petang tadi, bersama kawan-kawan banyaklah topik yang dibualkan daripada cerita penembak gila di Oslo, perlawanan bola sepak Malaysia-Singapura, puasa yang akan tiba, kes pembicaraan Sosilawati serta cerita-cerita politikus seputar.

Sedang tengah hangat bersembang-sembang hal-hal semasa, salah seorang rakan mencelah dan mula berbicara fasal harta, duit, tanah, rumah. Dia memetik beberapa contoh orang yang telah berjaya kerana punyai rumah banglo, kereta mewah sampai 8 biji, hanya duduk di rumah sekarang goyang kaki dan juga lain-lain benda yang boleh digoyangkan. PEndapatan bulanan mencecat RM40-50 ribu sebulan. Aku tiada masalah kalau hendak samakan kaya itu berjaya, tetapi jangan cuba tarik dan menyuruh aku percaya kepercayaan kau.

Apabila bertanya, kawan aku terangkan yang dia sekarang sudah menjadi perancang unit amanah. Cis, potong "mood" aku masa tu kerana sudah tiada kejujuran dari apa yang diperkatakannya. Dia mulalah cucuk jarum tentang berapa RM yang boleh dibuat kalau melabur dalam unit amanah.

Bagi aku ini mungkin bagi aku saja, lebih baik dia terus menerus dari awal beritahu hal sebenar dan apa tujuannya. Tak payah lah melalut ke sana ke sini. Bila ini terjadi aku sudah siap mahu angkat aki, sampai dia mengatakan kita ni ada masalah 2M. Malu dan malas. Itu aku setuju sangatlah sebab sifat sifat tu pun ada terpalit dekat diri aku, ini semua gara-gara penyakit yang sedang aku lalui sekarang ini iaitu lemah tenaga batin.......

Aku belajar satu benda, dengar saja apa yang diperkatakan orang samapai ke hujungnya baik dari budak kecil, orang tua, orang gila, politikus kiri kanan kerana mungkin dalam hampas masih tertinngal sedikit isi.

Tuesday, July 19, 2011

Nota untuk semua samseng jadi-jadian

Kalau mahu bergaduh....carilah yang setara dan setaraf....Tak guna kalau menang bergaduh dengan budak belum akil baligh.........Lagi teruk, jika kau kalah

Kalau tak cukup ilmu...pergi timba lagi....perkuatkan dalaman dan luaran.....

Mana kekuatan mu

Semua orang ada kelemahan dan kekuatan........
Aku punya banyak kekurangan serta kelemahan.....itu aku tahu
Apa pula kekuatan dan kelebihan mu

Adab Beradat...

Adab beradat
Bila menegur jangan memahat
Nanti terasa sangat
Yang ditegur menahan sengat
Yang menegur dikata keparat
Tiada yang manfaat

Adab beradat
Andai ada yang berhajat
Jangan diluah secara kuat
Simpan saja menjadi niat
Kelak ditudut buang adat
Baik mati anak jangan mati adat

Hilang adab beradat
Bila beratur menaiki bas
Bila mengadu domba
Bila ego mahu dibesarkan
Bila tengok duit berguni
Bila perhati perempuan seksi

Adat pasti ditelan masa
Adab agama kekal selamanya

Monday, July 18, 2011

Penamat Makin Dekat

Terimakasih kepada anak anak dan isteri atas ucapan dan hadiah hari jadi semalam.

Sebiji epal merah, dua keping sugus, beberapa biji kismis berserta sebatang lilin untuk merayakan ayahmu yang tak seberapa ini.

Hadiah terindah yang kadang kadang aku terlupa kerana dikurniakan cinta dan kasih sayang seorang tak terbatas isteri dan anak anak.

Terimakasih dan maafkan semua kesalahan yang lepas dan akan datang.

Thursday, July 14, 2011

Lemah Tenaga Batin

Bagi aku penyakit batin atau jiwa amat rumit untuk ditangani. Jenis penyakit macam ini halus dan meresap masuk perlahan lahan tanpa disedari dan menyerang pangkal jiwa iaitu hati. Kadang-kadang sampai matipun tak tahu kita berpenyakit ni.

Semua manusia aku yakin, pasti dilanda penyakit dalaman dalam kehidupan ini. Ada pelbagai jenis penyakit yang melanda aku cuma sekarang pelabagai penyakit menyerang aku dalam masa yang sama.

Malas, aku jadi malas untuk bergerak, bercakap, berfikir dan aku biarkan hidup menguasai aku, gerak kerna terpaksa dan cakap pun memaksa diri. Letih dan lesu, batin dan zahir aku terasa amat lembab, kalau boleh aku ingin tidur 40 jam satu hari. Untuk makan pun aku terasa letih untuk menggempal nasi bercampur lauk untuk disuapkan ke dalam mulut. Saat ini, marah aku di tahap maksimum sepanjang sejarah hidup aku. Dada terasa ketat, tangan menggeletar, jantung berdetak laju. Yang jadi mangsa adalah orang yang rapat dengan sekeliling aku. Negatif saja aura pemikiran aku. Takut pun datang, takut pada semua perkara, melintas jalan pun aku merasa ketakutan yang amat sangat.

Semua ini melanda aku dan tak mahu pergi. Bermula dari malas, aku menjadi letih terus marah kalau ada tak kena dan seterusnya takut. Aku ingin duduk terperap di dalam bilik dan tidur. Lemah tenaga dalaman memaksa sesorang menjadi penakut, pemarah, pemalas.

Dengan pemikiran yang terbatas ini , aku cuba melawan dan ikhtiar untuk segala penyakit ini. Semakin aku cuba melawan, semakin banyak pula serangan dari setiap sudut cuba menjatuhkan aku. Bak kata "Kota Rum tidak didirikan dalam sehari" , aku cuba untuk mempercayai kata kata ini. Tapi seperti biasa aku perlukan buktinya.

Kelak pasti terbukti akhirnya........