Monday, July 27, 2015
Monday, March 31, 2014
Forgive Me
Monday, January 14, 2013
Tahun Baharu…Bayangan Tahun-Tahun Sebelumnya
Tahun baru adalah sambungan kisah-kisah yang lalu. Ianya bukanlah permulaan baru dalam erti kata hakiki atatupun "kelahiran semula". Kita masih membawa cerita-cerita suka mahupun duka sebelumnya. Ini pun bukan bermakna kita akan berterusan bersedih biarpun banyak episod-episod luka yang ingin kita lupakan masih berpaut di ingatan. Begitulah juga sebaliknya.
Tahun lalu banyak cabaran yang dilontarkan dari kedua dua sisi zahir dan juga batin., bukan saja untuk aku dan keluarga terdekat malah juga untuk kawan kawan yang rapat denganku. Dugaaan kesihatan, kewangan, perpisahan, permusuhan dan pelbagai lagi. Semuanya kalau kita amati adalah perkara-perkara biasa selagi kita bergelar manusia selagi itulah kita berdepan dengan perkara sebegitu. Dari sudut lain, bohonglah kalau tidak ada langsung cerita-cerita yang indah berlaku seperti kelahiran ahli keluarga baru, bertemu pasangan hidup, memenangi loteri dan sebangainya. Cuma kisah-kisah gembira ini sering digerhanakan oleh perasaan sedih serta murung yang datangnya tak berjangka.
Seperi kata-kata klise, hidup seperti roda, kita akan merasakan naik dan turunnya dan yang membezakan kita adalah magnitud dan tahap penerimaan kita terhadap sesuatu perkara. Si kaya kehilangan RM100 berbeza dengan si miskin kehilangan nilai yang sama tetapi jika tahap penerimaan si miskin itu tinggi maka perbezaan itu mampu dikurangkan.
Setelah berpuluh tahun melalu tahun baharu, kali ni aku cuba memilih untuk menghadapinya secara berbeza. Saban setiap kali ditimpa kesusahan, kesempitan dan kecelakaan jalan biasa yang diambil adalah dengan membesarkan kesempitan serta kesusahan sampai tiada nampak jalan keluar. Selepas itu semua dipersalahkan termasuklah Tuhan. Pendekatan ini memang melegakan kerana merasakan ada sokongan simpati dari orang orang terdekat serta semuanya adallah takdir tuhan maka sebetulnya tuhan juga diersalahkan. Ini penyelesaian mudah dan sementara kerana tidaklah memerlukan penggunaan akal yang meluas. Kurang duit, cerita dan besarkan kesedihan kepada kawan-kawan lepas tu salahkan Tuhan. Sakit badan juga salahkan tuhan. Semua cerita sedih dan negatif adalah salah Tuhan dan mula mempersoalkan ketentuan Tuhan. Jauh sekali melihat dari aras tinggi mengapa semua terjadi. Ini memerlukan kekuatan serta ketajaman otak untuk menyelingkap rahsia sesuatu kejadian yang buruk serta yang baik. Jarang berfikir tentang terjadinya berita gembira lebih tertumpu pada cerita cerita yang sedih.
Semua mahu hidupnya senang lenang dan tenang sampai ke hujung nyawa. Itu bukan maknya tiada kecelakaan yang akan berlaku, Cuma bagaimana hendak menerima dan berhadapan dengannya dapat memisahkan ketenangan dan keresahan. Pilihannya di tangan kita dan kita berupaya melakukannya disertai dengan doa yang tidak putus-putus.
Pun bukanlah mudah seperti yang ditulis kerana yang pasti ujian-ujian kesusahan dan kesenangan akan senantiasa datang dalam keadaan yang tidak kita jangka, Hidup seperti "electronic game" selagi kita gagal melepasi aras tertentu selagi itulah kita akan ditakuk yang sama. Sesusah berjaya di sesuatu tempat pasti akan diuji dengan tempat atau keadaan yang lebih susah. Itulah kehidupan dan kita tak dapat mengubah permainannya hanya mampu menyediakan diri dan mebubah strategi bila perlu untuk bertarung.
Hidup hanya sekali dan pilihlah sebaik-baiknya. Gundah gelana atau aman dan tenang adalah pilihan kita sebenarnya dan salahkan Tuhan adalah sesuatu yang sia sia. Kalau tahun ini tahun gembira ianya adalah pilihan kita dan kiranya tahun ini terasa sempit dan sedih ianya juga pilihan hati kita samada kita sedar ataupun tidak. Biarpun tahun tahun yang lalu membayangi kita namum kita punya pilihan untuk mencorakkan tahun-tahun yang mendatang. Ini perlukan kerja yang kuat. Tiada ketenangan dan kesenangan tanpa mengorbankan sesuatu yang kita sayangi. Umpama dalam perang, haruslah tidak kita leka biarpun sesaat.
Wednesday, November 21, 2012
Salut Pak Sali
I
Pak Sali umur lima dua
Bersara navy kerja swasta
Rambut kelabu misai putih
Senyum tawa sini sana
II
Anak sulung dah bernikah
Yang kecil baru tadika
Beban tanggungan masih berat
Namun Pak Sali bersahaja
Dia telah bongkar rahsia
Penenang segala masalah
Terima telan yang mendatang
Seteruk mana lambat laun hilang
III
Memang harta tak cecah juta
Kerna itu bukan cita-citanya
Hanya mahu tinggalkan sedikit jejak
Mungkin udah anak-anak bertapak
IV
Salut aku sama Pak Sali
Berjaya kemudi hidup sebegini
Tak goyah hal keduniaan
Orang kecil semangat kental
Thursday, July 12, 2012
Hardworking man said....
Tuesday, June 26, 2012
bulan sabit berwarna kuning
Siapa yang menukar mento bulan semalam ke warna kuning?
Friday, June 01, 2012
sekali lagi
#QuitNow! Since 28 Mei 2012:
3 days smoke free,
62 cigarettes down,
RM31.0 and 06:12:00 saved!
Tuesday, May 22, 2012
debat orang orang kuat...
Wei....Hangpa ni dok bayag balik ka hutang masa hangpa belajaq dulu....ohh maaf hangpa ni golongan elitis dan bangsawan...hangpa kan semua terkecuali.....kalau ada pon mana ada orang berani hambat hangpa...
Wei.....orang kuat hutang lebat pon takpa...
Wei. ..hangpa ini tekan orang kecik dan halus je... hangpa ni betoi betoi takdak teloq. ..
Monday, May 21, 2012
seikhlas sejujur segunung harapan
Seharusnya apabila diuji sehebat dan segenting ini, maka haruslah semakin akrab dengan Pencipta
Wednesday, May 16, 2012
Nikmat - Pak A Samad Said
Tuesday, May 15, 2012
Road to Recovery Part II
Wednesday, April 25, 2012
Saturday, April 14, 2012
perihal hati
Kita hanya mampu menyakiti orang terdekat dengan kita
Friday, April 13, 2012
penyentuh hati
Si dara nangis...si teruna nangis....secara langsung.....perlamaran ala barat
Kalau macam ini lah perkara yang diangkat bangsaku.....memang betul takkan melayu hilang di dunia
Tuesday, April 10, 2012
siapa yang tak peduli sebenarnya
Bila sekaya-kaya manusia tetiba memperjuangkan nasib semiskin-miskin manusia.....
Aku mulai musykil......apa pulak yang hendak dikaut mereka kali ini?
Friday, April 06, 2012
Everything is Possible
Wednesday, April 04, 2012
Tuesday, April 03, 2012
jantan tulen
Berjaya sembunyikan segala keperitaan demi satu kecintaan yang engkau sendiri pun tidak mengerti
Salahkah Takdir.....?
mungkin engkau tersedar
dan mungkin jua kau kan terus tenggelam dan hanyut dalam kekufuran
55-13: Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
Surah 55, Surah al-Rahman (Yang Maha Pemurah)