Wednesday, May 20, 2009

Malam Ini

Ini malam aku akan jumpa Brader Power lagi.

Malam ini hendak tunjukkan hasil kerja lagi.

Semakin kerap aku jumpa dia semakin kurang rasa keterujaannnya.

Entah aku pun tak tahu pasal apa.

Mungkin malam ini malam terakhir untuk bertemu dengan dia.

Mungkin malam ini aku akan padamkan sgala angan-angan aku.

Mungkin malam ini membuka selaut harapan.

Mungkin malam ini sakit kepala aku hilang.

Mungkin malam ini malam terakhir aku bernafas.

Aku mohon ampun dan maaf pada diriku sendiri kerana telah hidup dalam pendustaan.

Malam ini, aku pastikan ada jawabnya.

Wednesday, May 13, 2009

Hujan Masih Tak Turun

Semalam aku jumpa Brader Power, hasil tulisan itu semua tak ada masalah. Konsep cerita pulak yang tak kena. "siapa nak dengar cerita macam ni"....Aku ada bawa satu lagi cerita yang belum siap. Dia kata tajuk cerita tu bagus dan terus besarkan watak dia jangan cerita apa maksud tajuk tu. Aku pun angguk saja.

Dalam perjalanan balik seperti biasa aku berfikir lagi, kena kerja kuat lagi. Aku harus bereskan lagi kerja itu biar puas hati ini.

Aku pasti hujan akan turun juga akhirnya.

Wednesday, May 06, 2009

E-coli Salmonella

Hari ini dua orang dibenarkan pulang ke rumah selepas hampir seminggu bertarung dengan E-Coli Salmonella. Mereka berdua perlu menghabiskan antibiotik, mana lah tahu masih ada saki baki askar E-coli Salmonella yang mencuba merapat barisan dalam kesatuan untuk kembali bergerak aktif dan menyerang..

E-coli Salmonella sudah lama ditemui Cuma jarang dijumpai kecuali di negara Dunia ke-3. Tapi ia tetap berlaku di sini cuma beritanya jarang diwartakan ke pulusuk negara atas apa alasan-alasan yang mungkin susah kita fahami kerana tiada berasakn logik.

Spesis yang bersatu, berdisplin, maju mampu menakluk dunia atau sekurang kurangnya menggegar semesta. Biarpun halus ianya mampu menakluki tubuh badan kita. Habis semua sistem dalaman diporak perandakan diharu birukan. Dia cuba bergerak ke arah itu demi masa yang masih berbaki ini. Mencontohi rasmi E-coli Salmonella diam mengumpul tenaga dan menyerang bila kelekaan menyesatkan kita semua. Dia ada dimana mana-mana dan mungkin pun sudah banyak membuat sarang dalam hati dan mengalir deras salam saluran darah.. Simptomnya tak mudah dikesan hingga datang peringatan yang dahsyat dan juga buat mereka yang berserah sepenuhnya dan mencari keikhlasan.

Awas penyakit jiwa ianya lebih merbahaya dari E-coli Salmonella.

Tuesday, May 05, 2009

Kontang Menagih Hujan

Ini percubaan pertama aku menulis sebegini. Kebelakangan ini aku menjadi takut untuk menulis. Perasaan ini timbul bila aku mula menujukkan hasil kerja yang aku rasa hebat pada BP(Brader Power). Habis segala kejantanan dan kehebatan aku dilondehkan. ”Apa kau cerita ni”, ”Kau ni tak de cerita sebenarnya”, ”Cerita kau biasa ja, tak de konflik tak menangkap”, Aku ada juga nak menjawab tetapi semua alasan aku rapuh habis smua robek diratah makhluk BP.

Jadi sekarang ni aku teramat berhati-hati bila hendak menulis dan akhirnya tak tertulis. Sebab aku rasa macam dah tak ada benda yang dapat aku kongsikan untuk menanmbah nilai terhadap lambakan makalah pop masa kini.

Aku kena siapakan satu kerja yang diberi oleh BP. Sebenarnya, aku dah tunjukkan hasil kerja yang pertama pada dia. Dalam masa singkat 5minit rasanya, komen dia bertalu talu, ”Ada cerita tapi cerita biasa ,Sasterwan Pilu, Macam Mat Belia, kau ni memang buat cerita Melayu habis” Itu 2 minggu yang lalu, sampai sekarang aku masih belum dapat siapkan beberapa barisan lagi yang perlu diubahkan, Idea tidak mari, kalau datang pun semua macam klise. Tiada yang menarik langsung. Aku ni masih tunggu hujan lebat, manalah tahu bila dikuyupkan nanti mungkin keluarlah barisan barisan yang hebat agar memangkin pengeluaran rembesan idea idea yang ”menangkap”

Brader Power, kalau tiada aral melintang, kita jumpa lagi minggu depan dan mingkin angin kau pun dah beransur baik terkena tempias hujan.

Wednesday, February 18, 2009

Tiada Displin

Apa jadi
Apa cerita
Semua tunggang terbalik
Tiada displin

Dari dulu
Dari kecil
Semua tunggang terbalik
Tiada displin

Lagi bebas
Lagi manis
Semua tunggang tebalik
Tiada displin

Aku diselak
Aku disepak
Aku diludah
Itu kau punya displin
Yang kau tunggang sampai tebalik

Ubat Mujarab

Berikan aku cepat
Sebelum nafasku tersekat
Biarpun jiwa dah lama cacat

Sebentuk pil hikmat
Sesudu sirap penyelamat
Lupakan semua yang berselirat

Tiada preskripsi semudah itu
Kita semua mencari
Namun tak semua ketemui
Yang kau ketemui semasa tidak mencari
Adalah penemuan yang abadi

Misi mencari ubat mujarab harus terus diteruskan

Tuesday, January 13, 2009

Sepatu Merah

I
Sepatu
merah yang kau beri itu
Bikin hati aku keliru
Tidak menentu

II
Apa itu
Jadi tanda pengikat cinta
Atau mahu aku pergi jauh
Lupakan dirimu

Siang dan malam
Ternanti jawabnya
Singkat dan dalam
Ku selam rahsia
Mengimbas rasa
Mengintai kepastian


Andai kasih haruslah seiring
Andai rindu lafazlah sayang
Andai cinta ayuh bersama
Andai tidak jangan persenda

Tuesday, December 23, 2008

Mantik

I
Langit biru bukan tanda
Tiada hujan kan menyimbah
Kering kontang tanah gersang
Buat insan yang berfikir

II
Bukan dia dan mereka
Kau kecewa dan merana
Kenal diri kenal semua
Jawabnya ada di sana

Sulam mimpi dalam nyata
Kejar angan dalam maya
Ramai muka bermuka-muka
Penuh helah tanpa lelah
Mahu kau kalah

Ini hidup medan catur
Ramai sudah yang tersungkur
Subur jiwa subur rasa
Dengan mantik sama mantik
Bersama mantik


III
Bukan semua harus berperang
Namun semua mesti berjuang
Guna akal dan tawakal
Demi cinta yang satu

IV
Akan ada satu masa
Datang lapar dan dahaga
Muncul takut dan gelisah
Jangan kita mudah beralah

Seni Lagu: Mohd Fairuz (http://fairuzhafeez.com/)
Seni Kata: Pawaka

Monday, November 10, 2008

Sesat Sesaat (Shake My Tree)

Cakapmu tiada tepat
Berbelit-belit dan bersirat-sirat
Janjinya pula tiada kau tepatii
Kini tiada apa yang tinggal lagi

Moga kita sedar dan
Tidak sesat biarpun sesasat


Pentas dunia ia satu ujian
Jangan tersalah pilih haluan
Kebendaan bukannya ukuran
Untuk mendabik dada dan berbesar kata

Moga kita sedar dan
Tidak sesat biarpun sesasat


Jangan hanya mendongak langit
Perlu juga tunduk, merendah menyembah bumi
Takut takut tertikam duri
Tersembam jatuh tak bangun kembali

Beringat ingat
Bila di atas amat mudah untuk terbabas
Segala apa yang kau perolehi
Ohh, hanya pinjaman sementara saja

Masa terus berputar dan memperdaya kita
Usahlah hilang rasa dan terus berjaga-jaga

Moga kita sedar dan
Tidak sesat biarpun sesasat


Dulu pernah kau berkata
Kau tidak akan membeza-beza
Bila semua sudah kau empunya
Kau takut nanti mereka meminta

Masa terus berputar dan memperdaya kita
Usahlah hilang rasa dan terus berjaga-jaga

Moga kita sedar dan
Tidak sesat biarpun sesasat


Sesaat

Cakapmu tiada tepat
Berbelit-belit dan bersirat-sirat
Janjinya pula tiada kau tepati
Kini tiada apa yang tinggal lagi

Masa terus berputar dan memperdaya kita
Usahlah hilang rasa dan terus berjaga-jaga

Cukuplah dan hentikanlah segala tipu helah
Kerana ku pasti kau tidak akan beralah
Petanda yang datang kau buat tak kisah
Kau sudah lama bersongsang arah
Dan bukannya hanya sesat sesaat

Friday, October 24, 2008

Yang Benar Tiada Luput - Kashmir

Tutur kata bak penglipur lara, begitu asyiknya
Atur langkah bak perwira kasa, penuh berhelah
Satu dunia cuba kau empunya, tak kira caranya
Kabur sudah garis pemisah, betul atau salah

Bila laba mula bertakhta, kau pun terlupa
Jatuh terjun ke jurang nan dalam, karam tenggelam
Ohh Ohhh

Ohh, kau terjerat…memang, sampai tersesat
Ohh, kau terjerat…memang, sampai tersesat


Masanya kan tiba, akhirnya terbongkar
Biarpun terhindar,mungkinkah tersedar
Yang benar, yang benar, tiada luput


Dulu kosong kini dah berisi, tiada kau peduli
Mana datang dan mana pergi, terkunci hati
Kecil mana yang kau lakukan, tetap balasnya
Jika tidak pun bukan disini, di sana pasti

Tuesday, September 23, 2008

Kembali ke Fitrah

Ini hanya fiksi semata-mata


Kaki melangkah lesu mengheret badan yang kian tepu dengan beribu persoalan yang langsung tidak nampak biak biak jawaban. Malam ini ataupun lebih sesuai dikatakan awal pagi sudah masuk entah hari ke-berapa Ramli pulang ke rumah pada saat ayam sudah mahu berkokok. Awal pagi ini dirasakan ada satu macam kelainan di saat dia mahu meghidupkan kenderaan untuk pulang ke rumah. Kata-kata Abang Tafa berterusan bermain di dalam kepalanya bak melodi lagu yang l di benak otaknya. “Andai kau tidak bertemu jalan untuk mencari salah dan silap Datuk Deraman, aku mahu kau uruskan kehilangan tak bertanda, kematian tak bernesannya”
Ramli mengerti benar maksud majikannya Dato Mustafa Khairudin yang lebih mesra dengan panggilan Abang Tafa , seorang wakil rakyat, bakal Perdana Menteri yang tidak sabar hendak membuang gelaran bakal itu. Dia juga tidak terkejut dengan saranan Abang Tafa sebab setelah hampir berbelas tahun bekerja menjadi Pembantu Peribadi dia sudah kenal luar dan dalam isi hati serta gerak laku majikannya.

Perkenalannya dengan abang Tafa bemula kira kira tiga bulan selepas dia pulang belajar dari luar negara. Berkelulusan dalam bidang teknikal, amat mudah baginya untuk merebut peluang pekerjaan yang bercambah pada masa itu namun hatinya lebih berminat dalam soal soal kemanusian dan kehidupan. Ramli berminat untuk menjadi lidah bagi orang yang tertekan, menjadi payung untuk orang belindung teriknya panas dan lebatnya hujan, menjadi dayung untuk mereka yang telah kepenatan. Fikir Ramli lagi, pengalamannya hidup di luar Negara selama lima tahun, bercampur-bercakar dengan orang yang lain resam budaya dan agama, sebatang kara maghadapi kesempitan dan kekurangan mungkin adalah modal untuk beliau bermula untuk memulakan langkah menjadi penulis.

Banyak sudah kesusahan, kesengsaraan, dan kedaifan kelas bawahan yang cuba diketengahkan, cuba dimasyurkan namun satu pun tidak melekat. Tiada satu pun dari ribuan jerih perih air mata golongan itu sampai ke golongan pembesar dan pemerintah negara. Tidak ada ruang dan peluang yang dapat direbutnya.

Asyik bertapa saja dalam biliknya, pada satu Sabtu dia menerima pelawaan kawannya Nazmi untuk satu majlis meraikan kepulangan anak Dato Mustafa yang tamat belajar di England. Nazmi adalah anak saudara kepada Dato Nazmi. Sampai saja di majlis satu sudah ramai datang. Kebanyakannya adalah kawan kepada anaknya. Dia diperkenalkan kepada Dato Mustafa, isteri dan kedua-dua anaknya. Selepas itu, Nazmi semacam meninggalkannya keseorangan kerana rancak bersembang dengan rakan-rakan sepupunya. Dia merasakan terpencil dan terasing dan juga terkecil di tengah tengah majlis itu. Di tengah keramaian itu, Dato Mustafa menerima panggilan telefon dari pembesar utama negara menyuruh beliau membuat sidang media mengenai isu penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mahkamah. Ada ratusan dan ada yang menyebut ribuan pelajar universiti sedang membuat rapat umum berkenan isu itu di hadapan Kompleks Mahkamah . Polis dan FRU sedang berkawal agar tiada perkara-perkara buruk berlaku yang boleh dijadikan modal untuk menghentam lagi kerajaan daripada berlaku. Dato Mustafa menyumpah seranah selepas menerima arahan ketuanya. Baginya isu itu telah lima bulan selesai, parlimen telah pun meluluskan penggunaan semula Bahasa Inggeris di dalam mahkamah sekiranya perlu. “Apa lagi yang budak budak hingusan ni nak buat kacau, orang suruh masuk universiti belajar bukaanya membuat demonstrasi, belajar pun pinjam duit kerajaan sudah pandai mahu melawan. Tak pernah bersyukur punya manusia”. Dato Mustafa bukannya kisah sangat tentang apa tujuan dan matlamat pelajar itu membuat demonstrasi apa yang penting baginya ialah kebodohannya tak terserlah, sifat tidak kisah pada sebarang isu tak terhidu, ini semua penting untuk pendakian perjalanan politiknya. Dia cuba mengubungi “Personal Assistant” tapi gagal dan dia baru teringat PAnya sekarang berada dalam pesawat ke Eropah. Sengaja dia menhantar PAnya awal ke sana agar segala persiapan “percutian” dapat dilaksanakan dengan licin dan sempurna kerana bukannya selalu dia dapat bercuti “berseorangan” di Eropah. Cuma dua malam di Eropah inilah masa untuk dia berseronok-seronok berjauhan dari isteri yang dinikahinya dan juga betina-betina yang dikahwininya sebelum dia menyambung percutian bersama keluarganya di Amerika Selatan. Dia mahu semuanya berjalan lancar agar dia betul-betul dapat merehatkan otak serta tubuh badannya.
Nazmi nampak kilauan keresahan di muka pakciknya. Dia menghampiri lalu bertanya apa yang dirisaukan pakciknya sedangkan besok hari pada waktu yang sama dia akan membelah langit untuk merehatkan otak. Dato Mustafa cuba berhelah namun akibat desakan anak buahnya itu dia terpaksa beralah dan mengalah. Dia menceritakan tentang arahan ketuanya mengenai sidang akhbar itu dan bagaimana dia amat memerlukan kebijaksanaan dan ketajaman akal PAnya yang selalu menyelamatkan dan meredakan keadaan.
Terlintas di fikiran Nazmi tentang kawannya Ramli, tentang kehebatan ilmu berfikirnya, tentang ilmu pengetahuan yang ada padanya, tentang kematangan dan kewarasan hujahnya dalam sesuatu hal juga tentang beratus dan mungkin juga beribu buku ilmiah, falsafah, sejarah yang sudah ditelaahnya. Mungkin inilah peluang bagi Ramli untuk menjadi lidah, payung dan dayung itu. Nazmi bercerita perihal latar belakang, kekuatan dan kepercayaan Ramli kepada pakciknya, dan mungkin benar kawannya itu dapat mengeluarkan dirinnya yang macam sudah tersepit itu. Dato Mustafa tidak berapa ingat akan Ramli walau sudah di perkenalkan di awal majlis . Memang begitu perangainya, amat susah untuk mengigati orang kecuali orang itu akan membawa kepentingan pada dirinya sendiri. Dia sudah tiada pilihan, tiada gading tanduk pun jadi dan bersetuju dengan cadangan anak buahnya.
Nazmi bangun untuk mencari kawanya. Dari jauh dia ternampak Ramli sedang merenung kosong ke siling sambil memegang gelas minuman tanpa menghiraukan keadaan sekeliling seperti berada dalam dunianya sendiri dan sebagai isyarat protes yang dia tidak menyukai majlis seperti itu. Nazmi menepuk bahu kawannya, hampir terlepas gelas dari genggaman tangan Ramli kerana terkejut seakan darah sudah kosong dari kepala. ”Aku mahu berikan ruang dan peluang agar rintihan engkau mendapat perhatian, cuma kali ini dia datang dari atas ke bawah dan bukannya dari golongan bawah ke atas. Namun ini bermakna engkau harus terus-menerus peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran engkau sepanjang masa”. Ramli yang belum sedar sepenuhnya dari kejutan tadi tidak dapat menangkap maksud kata-kata kawannya itu. Nazmi berterus terang ”Pakcikku akan mengadakan sidang mesyuarat tentang penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mahkamah sebentar lagi akibat tunjuk perassan dan bantahan daripada pelajar-pelajar universiti. Tapi dia tidak mempunyai apa untuk diperkatakan kerana selama ini PAnyalah yang menjadi penulis semua ucapan beliau. Aku telah menyatakan mungkin kau dapat membantu” Nazmi menyambung lagi tanpa memberi ruang untuk kawannya itu mencelah. ”Peluang ini datang hanya sekali dan aku harap engkau tidak menghampakannya sebab aku percaya benar dengan kebijaksanaan engkau dan berharap engkau dapat berbakti kepada masyarakat seperti yang engkau selalu laung-laungkan” Nazmi berasa hujahnya kurang bernas tapi dia akan melemparkan beberapa perkara lagi yang masih berpusing di dalam otaknya jika Ramli agak keberatan untuk menerima tawaran ini.
Kini Ramli mula menangkap kata-kata kawannya tadi ” dia datang dari atas ke bawah”. Dia pun tahu juga tentang kelonggaran yang diberikan dalam mahkamah iaitu dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris kiranya hakim mendapati proses pengadilan akan nampak lebih adil dan saksama. Dia mengetaui isu ini dua bulan sebelum dia pulang ke tanah air dan amat merasa amat pelik bagaimana penggunaan bukan bahasa kebangsaan dapat menjadikan proses keadilan lebih telus dan saksama. Dia berfikir lagi kiranya di Amerika Syarikat, jika yang didakwa itu adalah orang Chicano/Chicana maka adakah wajar kelonggaran diberikan buat mereka untuk menjalankan perbicaraan dalam bahasa ”Spanish”. Dia merasakan macam pelik bagaimana sesetengah pihak dapat merumuskan menggunakan bahasa selain bahasa kebangsaan dapat menjamin satu proses yang adil. Ramli banyak juga menghantar bantahan kepada akhbar-akhbar, majalah-majalah namun tidak satu pun berani menyiarkannya. Bila pulang ke Malaysia, dia mendapati isu ini sudah sejuk dan pada hari inilah dia mendapati ada kebangkitan semula mengenai perkara ini. Dia tidak mahu terus memberi jawapan kerana sering keptusan yang diputuskan secara tergesa-gesa mengikut rasa dan bukannya hemah tidak dapat memberi kesan yang diinginkan. ”Peluang ini datang hanya sekali...”. Memang benar kata kawannnya itu peluang itu hanya datang sekali tetapi adakah peluang dan ruang ini yang dinanti-nantikan selama ini. Dia pasti terus menerima jika peluang ini datang dari gerakan bawah ke atas tanpa berfikir panjang tapi ini arahnya songsang. Ramai yang cuba bergerak dari arah bertentangan tapi akhirnya terjerumus ke dalam lubuk kehancuran. Ini disebabkan mereka sudah menjauhi diri dari mendengar dan melihat dari pandangan bawah. Kedengaran suara halus berbisik ke telinganya,”Aku bukan begitu, aku akan tetap menjadi aku. Inilah tiket untuk aku menjadi lidah, payung dan dayung itu”.

”Mungkin aku dapat menolong pakcik kau itu, walaupun ia bertentangan dengan pandangan peribadi aku”. Terkejut Nazmi mendengar jawaban itu kerana dia tak menyangka dengan mudah Ramli bersetuju tambahan pula Ramli ni amat kritis tentang subjek Bahasa Kebangsaan.

Nazmi memperkenalkan sekali lagi Ramli kepada pakciknya. ”Ramli bersetuju untuk menolong pakcik” ketika Ramli bersalaman dengan Dato Mustafa. Kali ini Dato Mustafa memberi lebih perhatian bila bersalaman untuk kali kedua kerana orang muda ini mungkin dapat mengeluarkan beliau dari kesulitan yang ditanggungnya. ”Panggil saja aku Abang Tafa” ketika Ramli membahasakan Dato pada dirinya. ”Aku lebih selesa dipanggil begitu dan kalau sudah selesa lebih senang nak berkeja”. Ramli menganggukkan kepala. ”Nazmi, pakcik hendak berbincang dengan Ramli di bilik kerja. Engkau pandai-pandailah pusing-pusing, borak-borak dan jangan balik dulu”
”Jangan risau, tahulah saya bawa diri lagipun dah lama saya tak berborak dengan Auntie Sheri. Pakcik, pergilah siapkan kerja dan saya pasti Ramli dapat membantu pakcik. Saya minta diri dulu” Nazmi beredar mencari makciknya.

Ramli mengikuti Abang Tafa ke bilik kerja. ”Kita tidak punya banyak masa” Abang Tafa duduk sambil mempelawa Ramli duduk. ”Engkau tahukan tentang isu penggunaan Bahasa Inggeris di mahkamah”
”Ya” ringkas jawab Ramli. ”Tadi aku menerima panggilan sedang berlaku rapat umum di hadapan kompleks mahkamah dan aku disuruh untuk memanggil pihak TV, pemberita untuk mencanangkan pendirian kerajaan. Aku mesti meredakan serta melembutkan perasaan pelajar-pelajar yang sedang berdemonstrasi dan juga mereka yang sependapat dengan mereka. Kita mesti gula-gulakan mereka dan biar mereka mersakan teriakan dan laungan mereka kedengaran. Kata sahaja kita akan berbuat sesuatu dan beri jangka masa yang panjang agar isu ini lambat dibangkitkan semula. Sekurang-kurangnya sampai aku berpindah ke Kementerian lain biar pengganti aku saja yang menjawab. Aku hendak ..” Ramli mencelah sebelum ayat itu habis ”Maksudnya, bukan untuk selesaikan masalah tapi cuba lari dari masalah. Abang Tafa hendak saya berbohong dan berpura-pura seolah-olah pihak kerajaan akan berbuat sesuatu padahal secara terang saya tahu ia tak akan berlaku”. Suara Ramli tegas dan jelas sekali.
”Engkau anak muda yang bijak. Bukan lari dari masalah, buatkan ia sebagai bukan masalah dan kalau ia bukan masalah kita tak perlu selesaikan dan tidak timbul persoalan lari dari masalah. Dulu masa aku seusia dengan engkau aku pun berfikiran sebegitu rupa, semuanya aku ingin selesaikan. Itu dua puluh tahun yang dulu tapi kini aku sedari tidak semua benda yang kita hadapi itu adalah masalah dan perlu penyelesaian. Mungkin ia sebenarnya adalah peluang”
”Maaf saya tak dapat menolong abang dalam hal begini. Merebut peluang di atas kesengsaraan orang adalah sesuatu yang tak dapat saya lakukan. Berbohong untuk lari dari masalah atas kepentingan diri bukan cara saya” Bantah Ramli dengan suara yang semakin tinggi dan tegang. Telefon bimbit Abang Tafa berbunyi. Terus dijawab pada deringan pertama. ”Ya..Ya...sudah bersurai” Tidak dapat dipastikan siapa yang berada di talian sebelah lagi. Ramli yakin ini mesti ada kena-mengena dengan rapat umum. ”Baguslah macam tu. Terimakasih kerana beritahu aku. Aku kena adakan sidang akhbar dalam sejam dua ni. Baguslah kalau dah selesai” talian dimatikan dan dikhabarkan pada Ramli yang semua yang berdemonstrasi telahpun bersurai.
”Ohh, di mana kita tadi..Emmm...Aku tahu kau mahu jadi penulis. Untuk menjadi penulis yang bagus kau harus selami perasaan orang dan menjiwai wataknya dan bukan selalu watak yang kau angkat itu harus datang dari golongan tertindas. Fikirkan ini sebagai peluang untuk kau berkarya sebagai persedian atau batu loncatan untuk kau terjun ke bidang penulisan dan juga peluang untuk kau mendapat sedikit wang untuk hidup. Aku tak suruh kau lacurkan prinsip hidup kau cuma aku amat perlukan pertolongan masa ini. Aku sungguh berharap kau dapat membantu”
Buat pertama kali Ramli merasakan ada jugalah kecerdikan di dalam diri Abang Tafa. Biarpun dia tak bersetuju sepenuhnya dengan Abang Tafa, dia sedar dia harus selami watak dan perasaan tidak kira samada watak itu baik atau sebaliknya. Juga dia perlukan wang untuk menyambung hidupnya. Dia amat tidak suka bila berada dalam keadaan sebegini terpaksa dan dipaksa membuat keputusan dalam jangka waktu yang pendek. Ditimbang satu persatu baik dan buruknya menolong Abang Tafa, tentang cita-citanya mahu menjadi penulis, tentang kesempitan ringgit, tentang akar tunjang prinsip kehidupannya. Semakin buntu dia dibuatnya. Dia tidak tahu jalan mana harus dia turut. Oleh kerana pada masa itu kekurangan wang adalah perkara yang paling utama di fikirannya maka dia pun bersetuju untuk meolong Abang Tafa. ”Baiklah, boleh terangkan sekali lagi apa yang hendak disampaikan ?” Dia tahu dia akan berjaya menundukkan budak muda seperti Ramli dengan menggunakan kata-kata yang bernas padahal dia sendiri hanya mengutip itu semua dari penglaman-pengalaman berjumpa dengan pelbagai lapisan orang. Kadang-kadang dia sendiri tidak mempercayai dengan apa yang dikatakannya sendiri tapi dia berkata apa yang orang hendak di dengar dan itu amat penting dalam karier politik beliau. Sepeti tadi dia tahu yang Ramli memang mahu jadi penulis jadi diputarkan perbualan tadi ke arah penulisan dan bukan ke masalah politik. Abang Tafa menyatakan dia mahu menjelaskan bahawa keadaan terkawal dan kerajaan mendengar suara ketidakpuasan hati mereka dan khabarkan juga yang ini akan mengambil sedikit masa. ”Kalau boleh, aku hendak kau siapkan dalam masa setengah jam, lepas itu aku akan suruh setiausaha media taipkan semula bersama logo kerajaan dan memanggil semua wakil media. Tak perlu keyataan yang panjang berjela kau buat seringkas dan sepadat yang mungkin. Jadi dalam masa sejam lagi kita adakan sidang media. Kau boleh gunakan komputer riba di situ. Ada apa lagi yang kau perlukan"

Ramli menggelengkan kepala. Abang Tafa bangun dan menuju ke arah pintu ”Jumpa setengah jam lagi” lalu menutup pintu. Ramli menghidupkan komputer dan fikirannya mula melayang-layang membayangkan watak Menteri yang cuba menangani masalah ini. Dia perlu buat seolah-olah ini bukan masalah seperti kata Abang Tafa. Ramli mula menaip.
Kerajaan memandang serius demontrasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Universiti di hadapan Komplek Mahkamah. Kerjaan berpendapat tindakan membantah isu penggunaan Bahasa Inggeris itu tak sepatutnya berlaku di jalanan walhal ianya perlu dibangkitkan menggunakan saluran yang sesuai. Kerajaan bersyukur kerana tiada kecederaan jiwa ataupun kerosakan harta benda yang berlaku. Juga tiada tangkapan dibuat. Ini menunjukkan para pelajar kian matang dalam bersuara Cuma mungkin tiada tempat yang sesuai untuk mereka luahkan rasa hati mereka. Namun kerajaan juga berpendapat bahawa isu ini perlu dihalusi semula agar rakyat mengerti bahawa usaha menggunakan bahasa asing di mahkamah bukan bertujuan memperlekehkan bahasa kebangsaan tapi lebih kepada bertujuan agar proses keadilan berjalan dengan lebih telus dan saksama. Kita mahu setiap yang tertuduh mempunyai peluang untuk membela diri dan kita tidak mahu bahasa menjadi penghalang. Dalam masa terdekat ini kita akan adakan perjumpaan dengan semua wakil pelajar dari Universiti untuk mendengar pandangan mereka. Untuk jangka masa panjang, satu dasar akan diwujudkan untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan agar penggunaan bahasa selain bahasa Kebangsaan di mahkamah tidak akan timbul lagi.
Ramli rasa itu sudah cukup untuk mengambil hati mereka yang berdemonstrasi. Sejurus kemudian Abang Tafa masuk, Ramli terus memusingkan skrin komputer ke arah Abang Tafa. Abang Tafa terpaku pada skrin dan tersenyum lebar. ”Aku suka. Ringkas dan padat lagipun kepala otak aku sudah berada di Eropah. Cuma badan akau saja di sini” Terus dia menghubungi Setiausaha Media agar segala urusan Sidang Media ini dapat berjalan dengan lancar. Dia mahu berucap dalam masa setengah jam lagi. ”Aku akan bayar engkau selepas semua ini selesai hari ini juga” Persidangan itu berjalan lancar. Abang Tafa memberi satu salinan teks yang dikarang Ramli kepada setiap wakil media dan dia membaca dari teks tersebut. Semua soalan dari media dapat dibidas, dipulas dengan mudah sekali. Kurang dua puluh m init sahaja semuanya berakhir. Setelah tamat, Abang Tafa bangun dan bebola matanya mencari-cari Ramli. Dia tidak nampak Ramli lalu dia berpesan pada setiausaha media untuk mencari Ramli dan menyuruhnya berjumpa di bilik kerja.
Lebih kurang sepuluh minit lepas itu Ramli pun tiba. Abang Tafa bangun dan menghulurkan salam pada Ramli. Kali ini salaman Abang Tafa tidak bergenggam kosong tapi berisi sampul. “Aku sukakan kerja kau. Dalam sampul itu berisi uphnya, buka dan lihat samada cukup atau tidak”. Ramli membuka sampul, ada segumpal tebal duit RM50. Ramli tidak mengira tapi pada aggaran kasar beliau, adalah sampai empat hingga lima ribu. “Ini terlalu banyak Abang Tafa”. “Ambil saja. Aku amat senang kau sanggup menolong aku dan aku amat sukakan hasil kerja kau. Ini hanya permulaan. Aku mahu kau menjadi Pembantu Peibadi menguruskan segala-galanya baik urusan kerja dan urusan peribadi. Aku akan mula bercuti esok. Nanti aku akan hubungi kau bila aku balik dan aku harap kau sanggup menolong aku lagi”

==bersambung==

Tuesday, August 26, 2008

Jiwa Tercabar

I
Tanah terbakar
Laman tergadai
Jiwa tercabar
Rasa tercalar

II
Asal mendatang
Hendak berdagang
Asyik bertegang
Mereka yang menang

Yang di atas tidur
Yang di depan kabur
Yang diharap gagap
Aku di bawah dah hancur


Selaut harap yang kau janjikan
Hanya tebu di bibir manis
Karam ditelan ombak tak diundang
Baik diam dari berkata
Andai itu mampu membuat
Hilang semua sengketa

Tuesday, July 22, 2008

Redhakan Saja

I
Usah cepat putus asa dari rahmat
Kerna belum datang saat putus hayat
Susah dan senang
Silih berganti

II
Hukum malam memang ia pasti kelam
Ada kala muncul pula sang purnama
Lenyapkan semua
Segala gelita
Di sekelilingmu

Redhakan saja
Apa yang mendatang
Bukan bermakna
Tak harus mencuba
Leburkan semua keraguan agar
Tenang sentiasa


III
Mungkin ini hanya satu peringatan
Buat bekal bawa untuk hari kekal
Terus berdoa
Moga selalu
Dalam lindungaNya

Friday, June 20, 2008

Saat Mula

I
Saat mula bersua
Dapat ku merasa
Akan hadir cinta terindah

II
Saat mula berbicara
Tutur halus bahasa
Membuat ku terpesona

Tak dapat ku melawan
Gelombang perasaan
Lalu ku biarkan
Diriku tertawan


III
Saat mula bercinta
Tanpa berkata kata
Kita saling memahaminya

IV
Dirimu dan diriku
Menjalin menjadi satu
Mencipta citra abadi

Laut mana kita seberangi
Lembah mana kita turuni
Tanpa lelah penuh rela
Ku berdoa agar semua
Akan kekal buat selamanya
Dan juga telah tertulis

Wednesday, June 11, 2008

Setiap Nafasku (Syana)

I
Ampunkan maafkan kekuranganku
Mereda bebanan tanggunganmu
Biarpun terus menerus mencuba

II
Walau kau tak pernah meminta
Butiran air di kelopak mata
Adalah bukti engkau tersiksa

Ku tahu kau pendam segala-galanya
Ku sedar kau telan sedalam dalamnya
Keperitan yang melanda dirimu
Angkara beban kesilapanku
Mengatur hidup


III
Kelak nanti bila kau dewasa
Ku harap kau kan lebih dewasa
Mengharungi tiap rintangan

IV
Sampai tiba janji masa itu
Ku mahu kau tahu sesungguhnya
Kau adalah setiap nafasku

Wednesday, May 14, 2008

Terguris

I
Tak mampu ku melukis
Hanya cuba menulis
Rasa jiwa yang amat terguris
Tiap jalan yang ku susuri
Tiap tembok yang ku daki
Mengundang kecundang

Apakah ini ujian
Atau pembalasan
Aku yang berdosa
Merintih melara


Haruskah ku merasa jemu
Pada hati yang tiada henti
Meminta itu dan ini
Patutkah ku biarkan saja
Tanpa cuba untuk mengerti
Cuma berputus asa


II
Rakan teman semua
Ramai telah berpunya
Diselimuti gebar emas
Aku tetap begini
Kosong untuk berkongsi
Menanti mati

Monday, April 28, 2008

Suatu Masa Dahulu

I
Dulu memang aku akui
Punya hati tak takut mati
Andai tercampak di kaki bumi
Pasti bingkas bangun kembali

II
Bila hidup menuakanku
Baru kini aku tersedar
Betapa apa yang impikan
Sering kali tak kesampaian

Suatu masa dahulu
Terasa gagah langkahku
Menyusur terusan berliku
Mengejar igauan mimpiku


III
Namun kini segala kabur
Makin hari semakin kelam
Hantarkan saja aku kembali
Pada suatu masa dahulu

Thursday, April 24, 2008

Penghujung Nafas

I
Ku rasakan
Kehadiranmu ohhh
Bagai sinaran mentari
Degupanmu
Mengiring perjalanan ini
Menjadi satu


Bila nanti akan menjelma
Badai taufan penggoncang jiwa
Kitakan melangkah keluar tak tercalar
Sampai penghujung nafas
akan aku pertaruhkan diriku
dihatimu


II
Bersamamu
Kemanisannya ohh
Bagai takkan berakhir
Senyumanmu
Peletus semangat baru
Menyala-nyala

Hanyalah satu harapanku
Biar kita bersama
Andai gugurnya matahari
Berdua dalam pelukan



III
Ku rasakan
Kehadiranmu ohhh
dalam aliran jiwaku
Degupanmu
Mengiring perjalanan ini
Menjadi satu

Hujung Nafas

I
Biar aku
Luahkan semua
Yang tersimpan didada
Biar nanti
Kau akan mengerti
Perasaanku

Engkau kasih cipta bahgia
Engkau masih tetap ku puja
Sampai ke hujung nafas yang kuhela
Cinta yang telah tercipta
Makin kuat terasa
Kita berdua tak terpisah


II
Salahkah ku
Terlalu menyangimu
Itu memang sifatku
Harap aku
Tiadalah pemisah antara kita
Terus bersama

Sejak kau hadir dalam hidupku
Tiada lain yang ku inginkan
Selain kamu
Usahlah menjauh

Monday, March 17, 2008

Bukan Aku Tak Berdosa

I
Bila mentari bertukar gerhana
Kala bulan memudar cahaya
Memang benar semuanya petanda
Moga engkau tak terus lena

II
Bukan masa kau berlalu tewas
Tinggal semua menjadi hampas
Detik emas untuk kau meragas
Tampak lesu rupanya akas

III
Bukan aku tak berdosa
Mungkin selaut angkasa tak terkira
Membiar kaduk menjadi raja
Habis laman aku terjajah

IV
Ayuh buang semua sengketa
Sementara masih punya takhta
Sama sama kita melakar
Mana duduk waris kita