Tuesday, January 23, 2007

Sang Puteri

I
Semalaman ku menanti
Saat munculnya sang puteri
Meredakan segala
Badai memukul jiwa

II
Seharian ku bermimpi
Bila tiba saat itu
Agar dapat ku kecapi
Bahgia yang ku idamkan

III
Sang Puteri telah menjelma
Membawa aku bersama
Meninggalkan segala derita
Tak tertanggung sakitnya

Sengsara
Hilang sudah segala nestapa
Bahagia
Pasti ada di penghujungnya

Tuesday, November 28, 2006

Remuk Redam

I
Kalimah akhir itu
Terucap di bibirmu
Menggocang seluruh sukmaku
Lemah luruh ragaku
Gelita semua cahaya
Terpadam sudah duniaku

II
Apa perlu ku lakukan
Hilang arah dan tujuan
Meraba dalam kegelapan
Berat hati melepaskan
Setelah aku mencurahkan
Selaut kasih dan sayang

Remuk redam larat malam
Musnah ilham gemala rindu
Remuk redam sarat hiba
Masygul rasa di dedaun sengsara


III
Ku imbas kembali
Saat cinta terpatri
Mega indah menjadi saksi
Tak pernah ku menduga
Berakhir semuanya
Nyatalah kau berpura

Thursday, November 09, 2006

Diam Makrifat

I
Diam bukan isyarat setuju
Bisu bukan tanda ku tak tahu
Saja ku biarkan kau melulu
Putih dituduh kelabu

II
Dalam diam mengasah kurambi
Dalam bisu mencari azimat
Kelak bila sampai satu masa
Aku bongkarkan segala

Sila bukalah langkanhmu itu
Atur saja permainanmu
Ayuhlah kita beradu akal
Sedikit pun tidak ku gentar


Bulan bintang juga bisu
Namun terang seluruh alam
Ingin aku khabarkan semua
Diam itu diam makrifat

Wednesday, November 01, 2006

Orang Pilihan

Persoalan Jiwa

I
Persoalan jiwa ini
tak mungkin terjawab
Jika hatimu masih
menyimpan dendam
Segala yang sudah tertulis
pastinya akan berlaku

Jangan merintih jangan dikesal
Harus mencari jalan keluar


Bila bertemu semuanya damai
Bila bertemu segalanya permai
Setiap malam ada siangnya
Setiap pahit ada manisnya
Setiap tangis ada tawanya


II
Perjuangan satu ini
tak usah kau gentar
Mencari abadi
satu kemestian
Apa jua yang mendatang
haruslah ditentang

Biar tercalar biar terbakar
Raga ini aku sembahkan

Monday, August 07, 2006

Hakikat Cinta

I
Hadirmu bak sinar mentari
Menyuluh kamar suram hatiku
Indahnya seri warna pelangi
Bersama melayar rasa

II
Berdua ke laut membiru
Merempuh badai ombak menduga
Mahligai di ambang setia
Inikah namanya cinta

Bahagia yang kau cipta
Biarpun hanya sedetik cuma
Akan ku simpan segala
Menjadi bukti


Hakikat cinta tak mesti bersama
Biarpun terus mencuba
Hakikat cinta tak mesti bahagia
Sumpah dan janji tiada bermakna


III
Meskipun kau hilang dimata
Bahangnya cinta masih bernyala
Walaupun di ratah usia
Kau masih tetap ku puja

Monday, July 17, 2006

Destinasi Cermin Hidup

I
Dibeban resah sepi
Menafsir lukisan mimpi
Aku harus pergi jauh
Membongkar misteri
Destinasi cermin hidup

II
Berpaksi pada niat
Ku anyam menjadi tekad
Mengarah seribu langkah
Tak mungkin ku berpatah
Destinasi cermin hidup

Perjalanan satu ini
Mungkin tiada penghujungnya
Hanya restu dan doa
Menemukan cinta kita


III
Anakanda tercinta
Kau pasti harungi jua
Kembara pahit luka
Jawabnya ada disini
Destinasi cermin hidup

Wednesday, July 12, 2006

Rapuh

I
Tidak pernah ku menyangka
Begini cara berakhir cinta
Walau pernah badai melanda
Kita tempuhi gagah bersama
Namun tak upaya diteruskan jua

II
Tiada ku sangka tamat jua
Segala kasih yang kita baja
Berteman pilu airmata
Kita aturkan langkah terakhir
Bersama menuju jalan berbeza

Dalam percintaan
Harus ada setia
Tak rapuh di uji mentari
Dalam kesetiaan
Mesti tiada sangsi
Agar kukuh cinta dibina


Hakikat cinta bukan di mata
Kita lena dibuai asmara
Sampai terlupa untuk membina
Paksi cinta di dalam jiwa

Friday, June 30, 2006

Kelkatu Biru

I
Entah apa yang dicari
Setiap detik kau berlari
Hingga hilang dari paksi
Sebelum sayap kau miliki

II
Jangan lupa sejarah dulu
Usah melangkah terburu-buru
Nanti semua haru-biru
Kau juga yang termalu

Ohhh….Kelkatu Biru
Cahaya itu semua palsu
Ohh …..Kelkatu Biru
Jangan mudah diperdaya


III
Kalau mahu bergerak maju
Periksa dulu asal usulmu
Agar mudah menjana tuju
Biar gegar segala penjuru

Kekadang harus melawan arus
Menjadi satu dalam seratus

Monday, June 26, 2006

Ayu Marsina Firana (bahagian 2)

I
Ku rentasi kabus hening subuh
Mengharap terbit rindu di kalbu
Dari jauh ku amati keaayuanmu
Berdetik jantung ini tak menentu

II
Berkurun lama ku nantikan sinar
Kau berlabuh menghulurkan cinta
Mengajar apa itu erti kasih
Hanya untuk melukakanku


Ayu Marsina Firana
Sekelip mata kau punahkan jua
Mahligai yang dibina bersama
Mengapa kau biarkan dia
Mencipta retak antara kita
Yang tak mungkin bersatu semula


III
Meskipun guris luka sudah sembuh
Parut yang tinggal tetap berbekas
Bila teringat janji ikrar setia
Terhiris hati dalam kepiluan

Ku Tahu Ku Mahu

I
Usah didengar lagu cinta usang
Hanya mengundang sendu silam
Usah menyusur segala kenangan
Pasti menambah derita sengsara

II
Jangan dibuang kasih yang bertandang
Kerna teringat sakit semalam
Kurniakan aku sedikit ruang
Untuk bertapak berkasih sayang

Ku tahu
Tak mampu mengganti
Apa yang pernah kau miliki
Ku mahu
Selalu di sisi
Membawa sinar kabus hatimu


III
Tidak pandai aku berkata kata
Apa lagi bermadah pujangga
Hanya nota pencerita segala
Moga terungkai segala rahsia

Terpaksa Ku Rela

I
Sepi malam ini
Mencengkam sanubari
Memaksa diri ini
Mengenang kau dan aku

II
Di kala cinta di dada
Akulah sang pujangga
Itu tinggal memori
Setelah engkau pergi

Terpaksa ku rela
Perpisahan yang tercipta
Sendiri ku merasa
Kepahitan yang melanda

Kesakitan di jiwa
Pasti berakhir jua
Kemanisan kau rasa
Hanya sekilas rasa


III
Biarkanlah aku sendiri
Ku teruskan perjalanan ini
Biarpun tanpamu di sisi
Merobat sekeping hati

-
-

Saat Kau Kembali

I
Telah lama ku menanti
Saat kau kembali
Bukan niat meneruskan
Biar pula kau rasakan

II
Apa lagi yang kau mahu
Telah habis segala
Kau yang musnahkannya
Serik untuk ku bercinta

Pergilah
Kau jauh ke sisi
Tak ingin
Ku terguris lagi
Biarlah
Aku terus sendiri
Tak mungkin
Kita bersatu nanti


III
Pernah dulu kau berkata
Berdua kita selamanya
Itu semua tiada makna
Nyata kau berdusta

Ayuh …Kita Berjuang

I
Wahai semua
Luaslah pandangan
Saksikan cebisan kepalsuan
Hancurkan tembok kepuraan

II
Wahai semua
Gunalah segala
Pancaindera yang berkuasa
Kikiskan tambak kehitaman

Ayuh …Kita Berjuang
Menentang yang berpura-pura
Tunjukkan semua
Kita, orang merdeka


III
Dengar anakku
Andai ku tiada
Jangan dititiskan airmata
Ayahmu seorang perwira

Aku Bukan Biasa

I
Sering aku ditertawakan
Sering tak dimengerti
Sering di tolak tepi
Sering termenggu sendiri

II
Masih terus ku berdiri
Masih punya harga diri
Sesunguhnya aku tak peduli
Sesungguhnya aku bukan biasa

Kerna aku kini
Adalah garuda sakti
Menggegar bumi


Aku bukan biasa
Tak punya apa
Punya semuanya
Harus mengembara di pentas dunia

Aku luar biasa
Sudah biasa
Semangat kasa
Masih membakar merawat usia

Bilakah Berakhir …..

I
Bila dicari tak ketemui
Mestikah aku bertukar sangsi
Bila dimiliki terlepas dari
Patutkah aku sembunyi diri

II
Bila hati bertukar lari
Haruskah aku mencari ganti
Bila hakikat tak dimengerti
Tidaklah aku berkasih lagi

Bilakah berakhir….
Sebak cinta di dada
Bilakah berakhir….
Senandung kisah luka
Bilakah berakhir….
Bilakah berakhir….

Bicara Si Hukama

I
Semasa mencari arah
Dalam lautan resah
Datang sang hukama
Bicara tentang atwah

II
Semasa berkeluh kesah
Di kala senja merah
Pecah bahtera merkah
Karam bersama pasrah

Masih aku sendiri
Terperangkap dalam sepi
Menafsir takdir mimpi
Yang sering bermutasi

Mampukah ku berdiri
Atau menjadi longlai
Menyusur jalan hati
Yang tak pernah reda


Khabar pada deruan bayu
Teguh tegar menjadi satu
Pantang aku mengaku mati
Hidup mesti menjadi kasa

Aku Sedang Ingin Bercinta

Di kala sepi membatasi waktu
Kaku aku meniti kisah dulu
Saat mentari bersinar terang
Kerdip bintang menyuluh malam
Cintamu membakar di dada

Setelah musim berlalu
Selepas ikrar terpatri
Semakin hanyut di lautan sepi
Tiada lagi sinaran matamu
Hilang sudah senyum manismu

Maafkan aku sayang
Kerana mengheretmu disini
Kerana menghancurkan segala
Sesunguhnya aku tak terdaya
Merempuh badai asmara
Terdampar aku keseorangan
Mencari erti cinta sejati

Setulusnya
Aku sedang ingin bercinta
Hanya padamu ku serah segala
Aku sedang ingin bercinta
Menuju ke puncak astura
Aku sedang ingin bercinta
Kita bina kota agung

Nur Syarafana

Berikan ku pandangam matamu
Agar terang gelap di jiwa
Kirimkan senyumanmu itu
Untuk tenangkan gelora di kalbu

Aku insan tak punya apa
Semangat yang kau kurniakan
Lalu aku mencipta daya
Merempuh segala apa yang tiba

Hadirmu amat bermakna
Membuat aku lebih rela
Yang berlaku tetap kan terjadi
Ku pasrah setiap nurani

Nur Syarafana
Mungkin kau takkan tahu
Nilai kebesaran cintaku
Namun ku yakin nanti
Cahayamu penyuluh hati

Kembali ke Fitrah

Sepanjang perjalanan ini
Terumbang aku dari yang lurus
Semenjak lama menurut hati
Seenak ini aku tersesat

Terkaku aku diulit mimpi
Yang indah tapi mendusta
Terkenang aku cinta nan satu
Di kala hujan membasahi bumi

Pabila ku renung sinar matamu
Teringat aku pada fitrahku
Seperti dirimu jua
Yang putih suci dan indah

Ku pateri janji puteriku
Takkan ku terkeliru lagi
Akan ku teruskan jua
Membawamu setiap masa
Terjadi engkau untuk fitrah semua