I
Darilah jauh aku amati
Keayuan seraut wahjahnya
Sinar matanya meyilau hati
Kian lama meronta-ronta
Inginku dekati mahuku kenali
Mungkinkah terubat derita
Dia bernama Janet
Menggugat rasa
Andai di lain masa
Pasti ku mencuba
Dia bernama Janet
Menghantu jiwa
Walau tak pernah ingat
Namun tak terlupa
II
Setiap sudut aku perinci
Tak sanggup aku mungkiri
Mengkhianati kau permaisuri
Yang bertakhta di hati
Sudahlah begini biarlah terhenti
Segala helah duniawi
Dia bernama Janet
Menggugat rasa
Andai di lain masa
Pasti ku mencuba
Dia bernama Janet
Menghantu jiwa
Walau tak pernah ingat
Namun tak terlupa
Wednesday, February 27, 2008
Tuesday, February 26, 2008
Siapa Yang Tahu
I
Lemah kaki mengatur langkah
Tiba berubah menjadi gagah
Siapa yang tahu
II
Berat bahu terasa lesu
Tiba muncul kudrat nan baru
Siapa yang tahu
Hilang akal
Cuba rungkai setiap geri
Tak menjadi-jadi
Mimpi angan, angan mimpi
Pastikan menjadi
Hidup harus terus hidup
Biar berkas terus galas
Semua beban yang tak selaras
Hidup harus terus hidup
Biar panas kena libas
Jangan lekas naik rimas
III
Gelap malam tiada padam
Tiba hujung sepercik api
Siapa yang tahu
IV
Kais siang pun tak sampai petang
Walau sampai habis riang
Siapa yang mahu
Lemah kaki mengatur langkah
Tiba berubah menjadi gagah
Siapa yang tahu
II
Berat bahu terasa lesu
Tiba muncul kudrat nan baru
Siapa yang tahu
Hilang akal
Cuba rungkai setiap geri
Tak menjadi-jadi
Mimpi angan, angan mimpi
Pastikan menjadi
Hidup harus terus hidup
Biar berkas terus galas
Semua beban yang tak selaras
Hidup harus terus hidup
Biar panas kena libas
Jangan lekas naik rimas
III
Gelap malam tiada padam
Tiba hujung sepercik api
Siapa yang tahu
IV
Kais siang pun tak sampai petang
Walau sampai habis riang
Siapa yang mahu
Monday, February 18, 2008
Mata Kumpuan
I
Biarku terbang tinggi
Menyusur semua dimensi
Agar jelas pandangan
Moga tak mudah terjejas
II
Biarku selam dasar
Ke lubuk yang terdalam
Agar jalan teratur
Moga tak mudah tersasar
Ku pasang mata kumpuanku
Terangsang semula inderaku
Bila melihat
Jangan tercicir
Bila memandang
Mesti menafsir
III
Ku harap kau mengerti
Ku harap kau fahami
Gambaran yang berganda
Rupanya petanda
Biarku terbang tinggi
Menyusur semua dimensi
Agar jelas pandangan
Moga tak mudah terjejas
II
Biarku selam dasar
Ke lubuk yang terdalam
Agar jalan teratur
Moga tak mudah tersasar
Ku pasang mata kumpuanku
Terangsang semula inderaku
Bila melihat
Jangan tercicir
Bila memandang
Mesti menafsir
III
Ku harap kau mengerti
Ku harap kau fahami
Gambaran yang berganda
Rupanya petanda
Friday, February 15, 2008
Mata Kumpuan(Versi elaira www.elaira.net)
kau kata aku batu
menulis kurang tau
tapi satu kau tak tau
ada mutiara dalam saku
kata itu ibarat madu
salah susun meluluh hati
kau hidang tengahari
panas membara mencengkam nadi
aku sudah muak kau ludah bagai sampah
kini aku bangun dengan kilauan pedangku
mata kumpuan buat memerhati gerak lakumu
yang selalu kau kata penuh jitu
kalau kau nak tahu
huraian itu di luar lagu
isi alam tak semua yang merapu
pengajaran Tuhan terus dalam kalbu
-oleh elaira-
menulis kurang tau
tapi satu kau tak tau
ada mutiara dalam saku
kata itu ibarat madu
salah susun meluluh hati
kau hidang tengahari
panas membara mencengkam nadi
aku sudah muak kau ludah bagai sampah
kini aku bangun dengan kilauan pedangku
mata kumpuan buat memerhati gerak lakumu
yang selalu kau kata penuh jitu
kalau kau nak tahu
huraian itu di luar lagu
isi alam tak semua yang merapu
pengajaran Tuhan terus dalam kalbu
-oleh elaira-
Friday, January 18, 2008
Aku Tak Kuasa
Aku tak kuasa
Melayan kerenah
Permainan katamu
Aku tak kuasa
Mendegar arahan
Manusia topengan
Kekadang ku tertawa
Selebihnya berduka
Melihat kau menggila
Aku tak kuasa
Merubah dunia
Bukanlahlah pula mengalah
Aku tak kuasa
Berdiri berserah
Lebih baik mati menongkah
Melayan kerenah
Permainan katamu
Aku tak kuasa
Mendegar arahan
Manusia topengan
Kekadang ku tertawa
Selebihnya berduka
Melihat kau menggila
Aku tak kuasa
Merubah dunia
Bukanlahlah pula mengalah
Aku tak kuasa
Berdiri berserah
Lebih baik mati menongkah
Thursday, November 29, 2007
20 Pil
I
Anak
Adat hidup memang begini
Adakala diselubung malam
Adakala taufan mengganas
II
Anak
Usah kau mudah kecewa
Berputus asa terleka
Bukan itu ajaran kita
Janganlah kau berfikiran cangkat
Dua puluh pil itu pasti mudarat
Oh...jalan didepan berselirat
Bijaklah memilih
Bijaklah menangkis
III
Anak
Biarlah ia menjadi sejarah
Agar kau tetapkan arah
Jangan kau mudah goyah
Anak
Adat hidup memang begini
Adakala diselubung malam
Adakala taufan mengganas
II
Anak
Usah kau mudah kecewa
Berputus asa terleka
Bukan itu ajaran kita
Janganlah kau berfikiran cangkat
Dua puluh pil itu pasti mudarat
Oh...jalan didepan berselirat
Bijaklah memilih
Bijaklah menangkis
III
Anak
Biarlah ia menjadi sejarah
Agar kau tetapkan arah
Jangan kau mudah goyah
Wednesday, November 28, 2007
Separuh Sedar
I
Separuh sedar aku di sini
Berselimutkan salah dan dosa
Lorong hitam yang berliku
Aku susuri tanpa silu
II
Separuh sedar aku di sini
Terlantar sepi menanti kepastian
Apa sudahnya kembara ini
Sinar pelangi atau rentung hitam
III
Separuh sedar aku di sini
Rintihan kesal mengabur penglihatan
Andai mungkin ku berpatah semula
Akan ku putihkan segala nista
Separuh sedar aku di sini
Berselimutkan salah dan dosa
Lorong hitam yang berliku
Aku susuri tanpa silu
II
Separuh sedar aku di sini
Terlantar sepi menanti kepastian
Apa sudahnya kembara ini
Sinar pelangi atau rentung hitam
III
Separuh sedar aku di sini
Rintihan kesal mengabur penglihatan
Andai mungkin ku berpatah semula
Akan ku putihkan segala nista
Tuesday, November 06, 2007
Mencari Damia
I
Mencari Damia
Bukannya mudah
Namun ku bersyukur tergerak hatiku
Menyusur jalan yang lurus
Kembali ke asal usulku
II
Mencari Damia
Amatlah indah
Kiranya dapat ku kikiskan semua
Kehitaman di dasar jiwa
Yang kini semakin menebal
Maka bersujudlah aku
Memohon petunjuk
Moga dapat ku
Berlapang dada
Bukan hanya dengan apa yang ku ada
Malah apa yang telah tiada
III
Mencari Damia
Perlu kekuatan
Agar dapat ku tangkis segala godaan
Yang di kiri dan juga di kanan
Menanti untuk aku tersasar
Mencari Damia
Bukannya mudah
Namun ku bersyukur tergerak hatiku
Menyusur jalan yang lurus
Kembali ke asal usulku
II
Mencari Damia
Amatlah indah
Kiranya dapat ku kikiskan semua
Kehitaman di dasar jiwa
Yang kini semakin menebal
Maka bersujudlah aku
Memohon petunjuk
Moga dapat ku
Berlapang dada
Bukan hanya dengan apa yang ku ada
Malah apa yang telah tiada
III
Mencari Damia
Perlu kekuatan
Agar dapat ku tangkis segala godaan
Yang di kiri dan juga di kanan
Menanti untuk aku tersasar
Friday, September 14, 2007
Hormat Akhir (Al-Fatihah untuk Arwah Abah)
I
Telah datang saat itu
Menjemput dia pulang
Tiada apa dan upaya
Yang dapat mentakkhirnya
II
Kaku aku dan membeku
Melihat dia pergi
Bercucuran air mata
Namun tetap kurelakan
Hormat Akhir
Ku memohon
Moga tenang
Moga damai
Kau sayangilah dia
Kau peliharalah dia
Kau kasihanilah dia
Kau sentosalah dia
III
Kau tetap di ingatan
Tiap masa dan ketika
Hanya doa ku iringkan
Menjadi temanmu di sana
Telah datang saat itu
Menjemput dia pulang
Tiada apa dan upaya
Yang dapat mentakkhirnya
II
Kaku aku dan membeku
Melihat dia pergi
Bercucuran air mata
Namun tetap kurelakan
Hormat Akhir
Ku memohon
Moga tenang
Moga damai
Kau sayangilah dia
Kau peliharalah dia
Kau kasihanilah dia
Kau sentosalah dia
III
Kau tetap di ingatan
Tiap masa dan ketika
Hanya doa ku iringkan
Menjadi temanmu di sana
Tuesday, August 28, 2007
Kelas III
I
Kata Pak Tua kita sudah setaraf mereka
Berdiri sama tinggi dan cangkung sama rendah
Berlumba lumba mengejar kemasyuran
Jalan pintas yang mejadi pilihan
II
Engaku megah menakluki dunia baru
Walhal laman sendiri belum habis kau terokai
Bersihkan jiwamu dulu, jangan nanti
Kulit berhias indah isinya kosong
Malammu terang bermandikan cahaya
Si daif pula mati dalam kegelapan
Sungguhnya kita masih di takuk dulu
Gerabak kelas tiga
III
Selagi kebendaan membelenggu diri mu
Pasti kau lupa apa tanggung apa jawabmu
Fikirkan persoalannya kelak
Takut takut nanti tak terjawab
Kata Pak Tua kita sudah setaraf mereka
Berdiri sama tinggi dan cangkung sama rendah
Berlumba lumba mengejar kemasyuran
Jalan pintas yang mejadi pilihan
II
Engaku megah menakluki dunia baru
Walhal laman sendiri belum habis kau terokai
Bersihkan jiwamu dulu, jangan nanti
Kulit berhias indah isinya kosong
Malammu terang bermandikan cahaya
Si daif pula mati dalam kegelapan
Sungguhnya kita masih di takuk dulu
Gerabak kelas tiga
III
Selagi kebendaan membelenggu diri mu
Pasti kau lupa apa tanggung apa jawabmu
Fikirkan persoalannya kelak
Takut takut nanti tak terjawab
Monday, August 27, 2007
Letuskan
I
Ku tahu bebanan mu itu tak terperi
Seakan tidak mahu melangkah pergi
Mengertilah aku pun jua sepertimu
Mengharap mendung hitam kan berlalu
Seruncing mana genting
Harus kau harungi
Biar rebah je bumi
Kau bangun kembali
Jangan cepat berserah
Sebelum kau menyanggah
Letuskan semangat baru
Letuskan ….Letruskan …Letuskan
II
Kau sering bertanya di mana bermulanya
Dan jua apa pula penghujungnya
Harapan ku agar kau bertemu hendaknya
Sejahtera damai dan sentosa
Selagi mana hidup
Harus kau teruskan
Melangkah dengan pasti
Musnahkan semua sangsi
Yakin semua sukar
Akan pasti pudar
Letuskan semangat baru
Letuskan ….Letruskan …Letuskan
Seni lagu : Zaff
Seni Kata : Pawaka
Ku tahu bebanan mu itu tak terperi
Seakan tidak mahu melangkah pergi
Mengertilah aku pun jua sepertimu
Mengharap mendung hitam kan berlalu
Seruncing mana genting
Harus kau harungi
Biar rebah je bumi
Kau bangun kembali
Jangan cepat berserah
Sebelum kau menyanggah
Letuskan semangat baru
Letuskan ….Letruskan …Letuskan
II
Kau sering bertanya di mana bermulanya
Dan jua apa pula penghujungnya
Harapan ku agar kau bertemu hendaknya
Sejahtera damai dan sentosa
Selagi mana hidup
Harus kau teruskan
Melangkah dengan pasti
Musnahkan semua sangsi
Yakin semua sukar
Akan pasti pudar
Letuskan semangat baru
Letuskan ….Letruskan …Letuskan
Seni lagu : Zaff
Seni Kata : Pawaka
Monday, July 23, 2007
Lupakanlah Semua (II)
I
Ada yang tak kena dapatku rasakan
Bila kita bertemu sekali ini
Wajahmu cuba sembunyikan perasaan
Menghantuiku
II
Memang benar segala sangkaankku
Ada cinta lain bertaut dihatimu
Kau luahkan segala rahsia hati
Memilukan
Mudahnya kau berubah rasa
Dan berkata
Lupakanlah semua
Sejarah kita berdua
Lepaskanlah semua
Kisah lalu
Tinggalkan ku
Biarkanku pergi dulu
III
Walaupun pahit ku telan semuanya
Masa pasti mengubati lukaku
Kerana aku yakin inilah
Yang terbaik
Mudahnya kau beubah rasa
Dan berkata
Lupakanlah semua
Sejarah kita berdua
Lepaskanlah semua
Kisah dulu
Tinggalkan ku
Relakanku pergi jauh
Seni Lagu : Zaff
Seni Kata : Pawaka
Ada yang tak kena dapatku rasakan
Bila kita bertemu sekali ini
Wajahmu cuba sembunyikan perasaan
Menghantuiku
II
Memang benar segala sangkaankku
Ada cinta lain bertaut dihatimu
Kau luahkan segala rahsia hati
Memilukan
Mudahnya kau berubah rasa
Dan berkata
Lupakanlah semua
Sejarah kita berdua
Lepaskanlah semua
Kisah lalu
Tinggalkan ku
Biarkanku pergi dulu
III
Walaupun pahit ku telan semuanya
Masa pasti mengubati lukaku
Kerana aku yakin inilah
Yang terbaik
Mudahnya kau beubah rasa
Dan berkata
Lupakanlah semua
Sejarah kita berdua
Lepaskanlah semua
Kisah dulu
Tinggalkan ku
Relakanku pergi jauh
Seni Lagu : Zaff
Seni Kata : Pawaka
Wednesday, July 18, 2007
Lupakanlah Semua
I
Pelita kasihku kini terpadam
Kelam dirasakan menghiris perasaan
Lafaz akhir yang terucap darimu
Memusnahkan istana cinta yang terbina
Mudahnya kau berubah rasa
Dan berkata
Lupakanlah semua
Sejarah kita berdua
Lepaskanlah semua
Kisah lalu
Tinggalkan ku
Biarkanku pergi dulu
II
Sendiri aku meneruskan hidup
Tanpamu disisi bertemankan sepi
Yakin aku pada ketentuan ini
Yang tertulis adalah terbaik buatku
Mudahnya kau beubah rasa
Dan berkata
Lupakanlah semua
Sejarah kita berdua
Lepaskanlah semua
Kisah dulu
Tinggalkan ku
Relakanku pergi jauh
Pelita kasihku kini terpadam
Kelam dirasakan menghiris perasaan
Lafaz akhir yang terucap darimu
Memusnahkan istana cinta yang terbina
Mudahnya kau berubah rasa
Dan berkata
Lupakanlah semua
Sejarah kita berdua
Lepaskanlah semua
Kisah lalu
Tinggalkan ku
Biarkanku pergi dulu
II
Sendiri aku meneruskan hidup
Tanpamu disisi bertemankan sepi
Yakin aku pada ketentuan ini
Yang tertulis adalah terbaik buatku
Mudahnya kau beubah rasa
Dan berkata
Lupakanlah semua
Sejarah kita berdua
Lepaskanlah semua
Kisah dulu
Tinggalkan ku
Relakanku pergi jauh
Monday, February 05, 2007
Kartika
Kartika
I
Malam ku tiada berbintang
Siangnya pula berselimut duka
Setelah kau hilang dimata
Sepinya menanggung derita
II
Terkenang kisah nan lalu
Berdua belayar dideruan ombak
Kemudi yang kita harapkan
Terlepaslah sudah karam semuanya
Segala
Apa direncana
Tidaklah tercapai
Apalah maksudnya
Batinku
Semakin melara
Menantikan terbit
Sinaran kartika
I
Malam ku tiada berbintang
Siangnya pula berselimut duka
Setelah kau hilang dimata
Sepinya menanggung derita
II
Terkenang kisah nan lalu
Berdua belayar dideruan ombak
Kemudi yang kita harapkan
Terlepaslah sudah karam semuanya
Segala
Apa direncana
Tidaklah tercapai
Apalah maksudnya
Batinku
Semakin melara
Menantikan terbit
Sinaran kartika
Tuesday, January 23, 2007
Sang Puteri
I
Semalaman ku menanti
Saat munculnya sang puteri
Meredakan segala
Badai memukul jiwa
II
Seharian ku bermimpi
Bila tiba saat itu
Agar dapat ku kecapi
Bahgia yang ku idamkan
III
Sang Puteri telah menjelma
Membawa aku bersama
Meninggalkan segala derita
Tak tertanggung sakitnya
Sengsara
Hilang sudah segala nestapa
Bahagia
Pasti ada di penghujungnya
Semalaman ku menanti
Saat munculnya sang puteri
Meredakan segala
Badai memukul jiwa
II
Seharian ku bermimpi
Bila tiba saat itu
Agar dapat ku kecapi
Bahgia yang ku idamkan
III
Sang Puteri telah menjelma
Membawa aku bersama
Meninggalkan segala derita
Tak tertanggung sakitnya
Sengsara
Hilang sudah segala nestapa
Bahagia
Pasti ada di penghujungnya
Tuesday, November 28, 2006
Remuk Redam
I
Kalimah akhir itu
Terucap di bibirmu
Menggocang seluruh sukmaku
Lemah luruh ragaku
Gelita semua cahaya
Terpadam sudah duniaku
II
Apa perlu ku lakukan
Hilang arah dan tujuan
Meraba dalam kegelapan
Berat hati melepaskan
Setelah aku mencurahkan
Selaut kasih dan sayang
Remuk redam larat malam
Musnah ilham gemala rindu
Remuk redam sarat hiba
Masygul rasa di dedaun sengsara
III
Ku imbas kembali
Saat cinta terpatri
Mega indah menjadi saksi
Tak pernah ku menduga
Berakhir semuanya
Nyatalah kau berpura
Kalimah akhir itu
Terucap di bibirmu
Menggocang seluruh sukmaku
Lemah luruh ragaku
Gelita semua cahaya
Terpadam sudah duniaku
II
Apa perlu ku lakukan
Hilang arah dan tujuan
Meraba dalam kegelapan
Berat hati melepaskan
Setelah aku mencurahkan
Selaut kasih dan sayang
Remuk redam larat malam
Musnah ilham gemala rindu
Remuk redam sarat hiba
Masygul rasa di dedaun sengsara
III
Ku imbas kembali
Saat cinta terpatri
Mega indah menjadi saksi
Tak pernah ku menduga
Berakhir semuanya
Nyatalah kau berpura
Thursday, November 09, 2006
Diam Makrifat
I
Diam bukan isyarat setuju
Bisu bukan tanda ku tak tahu
Saja ku biarkan kau melulu
Putih dituduh kelabu
II
Dalam diam mengasah kurambi
Dalam bisu mencari azimat
Kelak bila sampai satu masa
Aku bongkarkan segala
Sila bukalah langkanhmu itu
Atur saja permainanmu
Ayuhlah kita beradu akal
Sedikit pun tidak ku gentar
Bulan bintang juga bisu
Namun terang seluruh alam
Ingin aku khabarkan semua
Diam itu diam makrifat
Diam bukan isyarat setuju
Bisu bukan tanda ku tak tahu
Saja ku biarkan kau melulu
Putih dituduh kelabu
II
Dalam diam mengasah kurambi
Dalam bisu mencari azimat
Kelak bila sampai satu masa
Aku bongkarkan segala
Sila bukalah langkanhmu itu
Atur saja permainanmu
Ayuhlah kita beradu akal
Sedikit pun tidak ku gentar
Bulan bintang juga bisu
Namun terang seluruh alam
Ingin aku khabarkan semua
Diam itu diam makrifat
Wednesday, November 01, 2006
Persoalan Jiwa
I
Persoalan jiwa ini
tak mungkin terjawab
Jika hatimu masih
menyimpan dendam
Segala yang sudah tertulis
pastinya akan berlaku
Jangan merintih jangan dikesal
Harus mencari jalan keluar
Bila bertemu semuanya damai
Bila bertemu segalanya permai
Setiap malam ada siangnya
Setiap pahit ada manisnya
Setiap tangis ada tawanya
II
Perjuangan satu ini
tak usah kau gentar
Mencari abadi
satu kemestian
Apa jua yang mendatang
haruslah ditentang
Biar tercalar biar terbakar
Raga ini aku sembahkan
Persoalan jiwa ini
tak mungkin terjawab
Jika hatimu masih
menyimpan dendam
Segala yang sudah tertulis
pastinya akan berlaku
Jangan merintih jangan dikesal
Harus mencari jalan keluar
Bila bertemu semuanya damai
Bila bertemu segalanya permai
Setiap malam ada siangnya
Setiap pahit ada manisnya
Setiap tangis ada tawanya
II
Perjuangan satu ini
tak usah kau gentar
Mencari abadi
satu kemestian
Apa jua yang mendatang
haruslah ditentang
Biar tercalar biar terbakar
Raga ini aku sembahkan
Monday, August 07, 2006
Hakikat Cinta
I
Hadirmu bak sinar mentari
Menyuluh kamar suram hatiku
Indahnya seri warna pelangi
Bersama melayar rasa
II
Berdua ke laut membiru
Merempuh badai ombak menduga
Mahligai di ambang setia
Inikah namanya cinta
Bahagia yang kau cipta
Biarpun hanya sedetik cuma
Akan ku simpan segala
Menjadi bukti
Hakikat cinta tak mesti bersama
Biarpun terus mencuba
Hakikat cinta tak mesti bahagia
Sumpah dan janji tiada bermakna
III
Meskipun kau hilang dimata
Bahangnya cinta masih bernyala
Walaupun di ratah usia
Kau masih tetap ku puja
Hadirmu bak sinar mentari
Menyuluh kamar suram hatiku
Indahnya seri warna pelangi
Bersama melayar rasa
II
Berdua ke laut membiru
Merempuh badai ombak menduga
Mahligai di ambang setia
Inikah namanya cinta
Bahagia yang kau cipta
Biarpun hanya sedetik cuma
Akan ku simpan segala
Menjadi bukti
Hakikat cinta tak mesti bersama
Biarpun terus mencuba
Hakikat cinta tak mesti bahagia
Sumpah dan janji tiada bermakna
III
Meskipun kau hilang dimata
Bahangnya cinta masih bernyala
Walaupun di ratah usia
Kau masih tetap ku puja
Subscribe to:
Posts (Atom)