Aku imbau kembali perjalanan aku sebagai manusia di muka bumi ini. Tiada apa sangat yang membanggakan. Jalan aku biasa saja , jaga pun biasa, tidur pun biasa. Kecil pergi sekolah, remaja sekolah tinggi, dewasa kerja, kahwin, anak pinak.
Mungkin aku takut dengan kehidupan ini. Ya sebenarnya aku takut, bebanan yang aku rasa cukup berat. Nak patah bahu aku pikul, nak pecah kepala otak aku pikir. Selalunya aku dalam keadaan terdesak, dipaksa membuat keputusan secara pantas tanpa pikiran yang panjang. Ada juga aku aku ada peluang buat keputusan tanpa dipaksa, tapi selalunya aku ambil jalan yang salah. Jadi samada aku dipaksa buat pilihan secara cepat atau pilihan yang dibei tempoh pikir yang lama aku tak dapat buat keputusan yang betul. Itulah ilmu kehidupan aku rendah amat rendah. Aku amat mengkagumi rakan-rakan, sahabat-sahabat dan saudara mara aku yang mana ilmu hidup mereka tinggi, jarang tertipu, selalu dapat mengawal keadaan tak seperti aku yang dikawal keadaan. Aku ni selalu terjerumus dalam keadaan yang tidak langsung memihak pada ku sebab aku gagal mengawal kawalan keadaan. Sama macam bernafas tanpa sedari yang kita sedang bernafas. Main jalan saja.
Banyak benda yang aku cuba sedaya untuk mengawal untuk merubah hidup ini, untuk menaikkan ilmu kehidupan aku namun aku gagal. Aku masih lagi di tempat mana aku bermula dan aku rasa terbelakang sikit. AKu bukan setakat tak bergerak namun aku macam dah mengundur ke belakang. Puncanya bagi aku yang kurang ilmu kehidupan ialah bnayak keputusan yang aku buat 20 tahun dulu yang tak kena dan tak betul langsung dan sekarang ini aku membayar harga pembalasan
Sesal memang aku sesal dan memang satu sen pun tiada guna. Bnayak yang aku hilang duit ringgit, penat lelah dan macam macam lagi sepanjang 20 tahun ini. Yang paling aku takut aku rasa aku semakin kehilangan diri aku ini. Aku semakin jadi lemah diri, hilang keyakinan diri, takut nak berjalan, berdiri, berjaga, tidur. Namun aku tak boleh nak tipu diri aku ...memang aku menyesal atas kebanyakkan benda dan keputusan yang aku buat semuanya bodoh , aku saja yang nampak macam pandai...berlagak macam pandai tapi sebenarnya dungu macam lembu. Kasihan anak bini aku terpaksa menanggung derita atas kebodohan aku.
Aku mencuba sekali lagi untuk betulkan keadaan harapnya aku takkan menyesal lagi bila aku imbau kembali hidup aku 20 tahun akan datang...Itupun kalau masih ada umur aku.
No comments:
Post a Comment