Mungkin sebab naluri , pengkelasan atau pengkastaan adalah perkara biasa dalam kehidupan ini. Dalam sistem monarki, ada golongan bangsawan dan rakyat jelata, dalam pekerjaan ada bos dan kuli, naik kapal terbang pun ada kelas satu, kelas bisnes dan kelas ekonomi. Ianya adalah seperti sistem piramid yang bucu tajam berada di atas dan bawahnya pula disokong oleh dasar yang lebar. Memandangkan ini adalah piramid, golongan yang berada di atas adalah sedikit berbanding berjuta yang berada di bawah.
Macaman pengkastaan ini dilakukan? Mereka yang di atas, mereka mencaturkan dunia dengan jayanya. Mereka menilai manusia dari kaca mata mereka.
No comments:
Post a Comment