I
Kata Pak Tua kita sudah setaraf mereka
Berdiri sama tinggi dan cangkung sama rendah
Berlumba lumba mengejar kemasyuran
Jalan pintas yang mejadi pilihan
II
Engaku megah menakluki dunia baru
Walhal laman sendiri belum habis kau terokai
Bersihkan jiwamu dulu, jangan nanti
Kulit berhias indah isinya kosong
Malammu terang bermandikan cahaya
Si daif pula mati dalam kegelapan
Sungguhnya kita masih di takuk dulu
Gerabak kelas tiga
III
Selagi kebendaan membelenggu diri mu
Pasti kau lupa apa tanggung apa jawabmu
Fikirkan persoalannya kelak
Takut takut nanti tak terjawab
2 comments:
bro.. betul-betul kelas lu punya sajak KELAS III. Gua nampak bayang-bayang hitam jer!
anyway.. selamat berpuasa dan mintak ampun sebab tak dapat nak mixkan lagu terbaru lu.
tunggu gua dapat rumah nanti.
wahhhh, slemat hari raya. aidil fitri mulia.
sila lah melawat aku ppunya site:
www.artmajuer.com/pandaibesi
harga2 adalah umpan sahaja.
Post a Comment