Monday, August 27, 2007

Letuskan

I
Ku tahu bebanan mu itu tak terperi
Seakan tidak mahu melangkah pergi
Mengertilah aku pun jua sepertimu
Mengharap mendung hitam kan berlalu

Seruncing mana genting
Harus kau harungi
Biar rebah je bumi
Kau bangun kembali
Jangan cepat berserah
Sebelum kau menyanggah
Letuskan semangat baru

Letuskan ….Letruskan …Letuskan


II
Kau sering bertanya di mana bermulanya
Dan jua apa pula penghujungnya
Harapan ku agar kau bertemu hendaknya
Sejahtera damai dan sentosa

Selagi mana hidup
Harus kau teruskan
Melangkah dengan pasti
Musnahkan semua sangsi
Yakin semua sukar
Akan pasti pudar
Letuskan semangat baru

Letuskan ….Letruskan …Letuskan


Seni lagu : Zaff
Seni Kata : Pawaka

No comments: