Friday, February 15, 2008

Mata Kumpuan(Versi elaira www.elaira.net)

kau kata aku batu
menulis kurang tau
tapi satu kau tak tau
ada mutiara dalam saku

kata itu ibarat madu
salah susun meluluh hati
kau hidang tengahari
panas membara mencengkam nadi

aku sudah muak kau ludah bagai sampah
kini aku bangun dengan kilauan pedangku
mata kumpuan buat memerhati gerak lakumu
yang selalu kau kata penuh jitu

kalau kau nak tahu
huraian itu di luar lagu
isi alam tak semua yang merapu
pengajaran Tuhan terus dalam kalbu

-oleh elaira-

2 comments:

fajar said...

Salam perkenalan dari saya.
Datang ke sini melalui elaira.
Penuh kata pesona di sini.
Mencuit jiwa.

fairuzhafeez said...

Salam pertemuan dari saya.
Tandang ke mari menerusi elaira.
Subur kata sepuhan di sini.
Memadui citra.

ps : Adakah ini lirik lagu atau puisi ? Persis Lirik, Persis Mutiara

Fairuz Hafeez
http://fairuzhafeez.com