Tuesday, February 26, 2008

Siapa Yang Tahu

I
Lemah kaki mengatur langkah
Tiba berubah menjadi gagah
Siapa yang tahu

II
Berat bahu terasa lesu
Tiba muncul kudrat nan baru
Siapa yang tahu

Hilang akal
Cuba rungkai setiap geri
Tak menjadi-jadi
Mimpi angan, angan mimpi
Pastikan menjadi


Hidup harus terus hidup
Biar berkas terus galas
Semua beban yang tak selaras
Hidup harus terus hidup
Biar panas kena libas
Jangan lekas naik rimas


III
Gelap malam tiada padam
Tiba hujung sepercik api
Siapa yang tahu

IV
Kais siang pun tak sampai petang
Walau sampai habis riang
Siapa yang mahu

No comments: