Wednesday, October 27, 2010

xxxxx....Jangan sesekali kau ubah rutin

Kalau biasa bangun pagi
Terus gosok gigi
Baru basuh muka
Teruskan

Kalau biasa pakai seluar
Sebelum sarungkan baju
Baru mengeringkan rambut
Teruskan

Kalau biasa hisap rokok
Sambil sarungkan sepatu
Sebelum mengambil kunci
Teruskan

Kalau biasa mengerang jantan
Semasa memadu asmara
Sesaat di genting kemuncak
Teruskan

Kalau biasa makan nasi ayam
Pada hari Isnin
Di waktu tengahari
Teruskan

Kalau biasa mandi pagi
Selepas solat subuh
Selesai meminta keampunan
Teruskan

Kalau biasa bermakian di jalanan
Akibat kebodohan pemandu
Kereta mewah Mercedes
Teruskan

Kalau biasa memakai jeans
Di hari Ahad
Kala bersiar-siar
Teruskan

Kalau biasa bercerita perihal kejadian
Berkenaan kerja mahupun kenalan
Biar seremeh mana
Teruskan

Kalau biasa bercakap telefon
Di sekeliling keadaan yang tenang
Tanpa suara gadis-gadis nakal
Teruskan


xxxxx, jangan sesekali engkau menggatal
merubah, berubah atau terubah rutin
Binasa sebinasa-binasa kelak
Kerna akan ada mata-mata yang menghukum
dengan penuh sangsi
Sangkanya kau cuba melindungi sesuatu
merahsiakan sesuatu, menyembunyikan sesuatu
dan mungkin kau punya hubungan rumit..
tersudut kau di satu keadaan di mana
penjelasan hanya akan mengaburkan dan memburukkan keadaan

Pernahkah terfikir sejenak
ada waktu kau basuh muka sebelum berus gigi
ada waktu kau pakai baju sebelum sarungkan seluar
ada waktu kau ambil kunci sebelum menghisap rokok
ada waktu kau tidak mengerang sebelum kemuncak
ada waktu kau mandi sebelum solat Subuh
ada waktu kau letih untuk bermakian di jalanan
ada waktu kau memakai khakis di hari Minggu
ada waktu kau jemu bercerita tentang kejadian pada hari itu
ada waktu kau terpaksa bercakap telefon dalam kesesakan

Aku xxxxx
xxxxx itu aku
Aku tak dapat lari
Aku terpaksa hidup sebagai xxxxx
xxxx ini tiada apa
xxxxx ini huru hara
xxxxx ini porak peranda
xxxxx ini sudah gila
xxxxx ini sudah mabuk

Dan kau juga terpaksa hidup dalam stigma xxxxx

No comments: