Wednesday, July 27, 2011

Biarpun hampas ...namun berisi

Pada sessi minum petang tadi, bersama kawan-kawan banyaklah topik yang dibualkan daripada cerita penembak gila di Oslo, perlawanan bola sepak Malaysia-Singapura, puasa yang akan tiba, kes pembicaraan Sosilawati serta cerita-cerita politikus seputar.

Sedang tengah hangat bersembang-sembang hal-hal semasa, salah seorang rakan mencelah dan mula berbicara fasal harta, duit, tanah, rumah. Dia memetik beberapa contoh orang yang telah berjaya kerana punyai rumah banglo, kereta mewah sampai 8 biji, hanya duduk di rumah sekarang goyang kaki dan juga lain-lain benda yang boleh digoyangkan. PEndapatan bulanan mencecat RM40-50 ribu sebulan. Aku tiada masalah kalau hendak samakan kaya itu berjaya, tetapi jangan cuba tarik dan menyuruh aku percaya kepercayaan kau.

Apabila bertanya, kawan aku terangkan yang dia sekarang sudah menjadi perancang unit amanah. Cis, potong "mood" aku masa tu kerana sudah tiada kejujuran dari apa yang diperkatakannya. Dia mulalah cucuk jarum tentang berapa RM yang boleh dibuat kalau melabur dalam unit amanah.

Bagi aku ini mungkin bagi aku saja, lebih baik dia terus menerus dari awal beritahu hal sebenar dan apa tujuannya. Tak payah lah melalut ke sana ke sini. Bila ini terjadi aku sudah siap mahu angkat aki, sampai dia mengatakan kita ni ada masalah 2M. Malu dan malas. Itu aku setuju sangatlah sebab sifat sifat tu pun ada terpalit dekat diri aku, ini semua gara-gara penyakit yang sedang aku lalui sekarang ini iaitu lemah tenaga batin.......

Aku belajar satu benda, dengar saja apa yang diperkatakan orang samapai ke hujungnya baik dari budak kecil, orang tua, orang gila, politikus kiri kanan kerana mungkin dalam hampas masih tertinngal sedikit isi.

No comments: