Thursday, July 14, 2011

Lemah Tenaga Batin

Bagi aku penyakit batin atau jiwa amat rumit untuk ditangani. Jenis penyakit macam ini halus dan meresap masuk perlahan lahan tanpa disedari dan menyerang pangkal jiwa iaitu hati. Kadang-kadang sampai matipun tak tahu kita berpenyakit ni.

Semua manusia aku yakin, pasti dilanda penyakit dalaman dalam kehidupan ini. Ada pelbagai jenis penyakit yang melanda aku cuma sekarang pelabagai penyakit menyerang aku dalam masa yang sama.

Malas, aku jadi malas untuk bergerak, bercakap, berfikir dan aku biarkan hidup menguasai aku, gerak kerna terpaksa dan cakap pun memaksa diri. Letih dan lesu, batin dan zahir aku terasa amat lembab, kalau boleh aku ingin tidur 40 jam satu hari. Untuk makan pun aku terasa letih untuk menggempal nasi bercampur lauk untuk disuapkan ke dalam mulut. Saat ini, marah aku di tahap maksimum sepanjang sejarah hidup aku. Dada terasa ketat, tangan menggeletar, jantung berdetak laju. Yang jadi mangsa adalah orang yang rapat dengan sekeliling aku. Negatif saja aura pemikiran aku. Takut pun datang, takut pada semua perkara, melintas jalan pun aku merasa ketakutan yang amat sangat.

Semua ini melanda aku dan tak mahu pergi. Bermula dari malas, aku menjadi letih terus marah kalau ada tak kena dan seterusnya takut. Aku ingin duduk terperap di dalam bilik dan tidur. Lemah tenaga dalaman memaksa sesorang menjadi penakut, pemarah, pemalas.

Dengan pemikiran yang terbatas ini , aku cuba melawan dan ikhtiar untuk segala penyakit ini. Semakin aku cuba melawan, semakin banyak pula serangan dari setiap sudut cuba menjatuhkan aku. Bak kata "Kota Rum tidak didirikan dalam sehari" , aku cuba untuk mempercayai kata kata ini. Tapi seperti biasa aku perlukan buktinya.

Kelak pasti terbukti akhirnya........

No comments: