"Gogolanapustri, ceritakan sedikit tentang diri anda" ayat mula dari si penemuduga.
Suasana yang sepi terus menerus menjadi kaku, yang terdengar hanya bunyi naik turus nafas sendiri berserta bunyi kipas penghawa dingin. Kalau ada mesin pengesan bunyi mungkin keriuhan berada di skala 15dB. Meja kecil dan dua kerusi menjadi peneman Gogolanapustri. Bilik yang sempit yang sebenarnya cukup untuk seorang juga tidak membantu kelancaran pemikiran beliau. Keadaan fizikal si penemuduga yang kecil ynag sepatutnya mengurangkan debaran beliau hanya membuatkan dirinya merasakan lebih kerdil.
Itu memang soalan yang telah diramal dan itu memang soalan tipikal pemecah perbualan. Dia pun sudah menghafal skrip apa yang perlu di jawab beribu kali sebelum melangkah masuk de bilik itu. Dia tahu dia harus menjawab dengan berhemah kerana impressi pertama kekal selamanya. Konflik di minda, samada mahu berkata jujur atau berkata apa yang hendak di dengar si penemuduga.
Bingung dia mengatur ayat di dalam otak apa yang mahu diucapkan. Gogolanapustri berkelulusan tinggi dalam bidang akademik, dia adalah seorang doktor filisofi lulusan luar negara. Tapi dia tak pernah meletakkan pangkat Dr. di hadapan nama beliau. Dia punyai sindrom rasa rendah diri. Dia takut nanti kalau diletaknya pangkal Dr di hadapan namanya tak terbawa pulak nanti oleh bahu dan intelektualnya untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Sering dia merakan hidupnya biasa-biasa tiada apa yang boleh dibanggakan. Dia percaya hidupnya tidak menarik untuk dikongsikan. Makan, minum tidur, belajar, bekerja, punya keluarga. Biasa-biasa sahaja dan tidak ada yang menarik untuk diperkatakan. Tidak ada hobi yang luar biasa, tidak ada kebolehan membuat silap mata, tidak punya bakat bermain alat muzik, tidak juga pandai melukis atau menulis. Ini menyebabkan dirinya kerdil. Untuk megelakkan rasa kekerdilan ini maka dia suka menyendiri dan bercampur dengan orang-orang yang senasib dengan dia iaitu orang-orang kecil saja. Orang-orang kecil yang hidupnya biasa-biasa saja.
Hormat Gogolanapustri terhadap orang-orang lain terlalu tinggi dan akibatnya dia merasakan dirinya tiada apa-apa untuk ditawarkan ke dunia. Idea-dea yang ada pada dirinya biasanya hanya akan terpendam kerana takut diperlekehkan oleh orang lain. Akibat takut dia hanya diam dan menurut saja pandangan umum. Bukan ideanya tak bernas kerana banyak juga idea idea dia sama dengan idea idea hebat orang lain.
Entah berapa lama keadaan diam itu berlarutan, masih belum terjawab lagi soalan penemuduga itu. Semua perkara bercampur aduk dalam otak Gogolanapustri sampai dia hilang fokus kepada soalan tadi. Dia tahu dia harus menjawab sesuatu yang impressif.
Akhirnya, Gogolanapustri nekad dan membuat keputusan untuk menjawab.......Soalan yang mudah untuk orang lain tapi payah untuk beliau. Mulut dibuka, dengan penuh kejujuran " Saya seorang pakar perunding dan mempunyai lebih sepuluh tahun dalam industri. Saya menrealisasikan rencana menjadi realiti. Saya melihat masalah sebagai satu cabaran yang perlu saya atasi dengan kaedah termurah dan terpantas.." Beliau sendiri terkejut dengan jawaban itu dan sejujurnya tidak mengetahui apa nilai kejujuran pada jawapan beliau. Apakah dia jujur dari segi memberi jawaban yang ingin didengar oleh penemuduga atau dia berlaku jujur pada dirinya. Yang tentu, Gogalanasputri mencipta satu lagi konflik bagi dirinya kerana kejujuran sejati adalah bila kepentigan di tolak ke tepi.
No comments:
Post a Comment