I
Usah didengar lagu cinta usang
Hanya mengundang sendu silam
Usah menyusur segala kenangan
Pasti menambah derita sengsara
II
Jangan dibuang kasih yang bertandang
Kerna teringat sakit semalam
Kurniakan aku sedikit ruang
Untuk bertapak berkasih sayang
Ku tahu
Tak mampu mengganti
Apa yang pernah kau miliki
Ku mahu
Selalu di sisi
Membawa sinar kabus hatimu
III
Tidak pandai aku berkata kata
Apa lagi bermadah pujangga
Hanya nota pencerita segala
Moga terungkai segala rahsia
No comments:
Post a Comment